spot_img
spot_img

Dr Chong Fat Full sah sertai Bersatu

spot_img

JOHOR BAHRU – Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full mengesahkan sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 22 Ogos lalu.

Beliau sebelum ini merupakan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan keluar parti itu pada 4 Mac lalu seterusnya menjadi ADUN Bebas yang bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Fat Full berkata, keputusan menyertai Bersatu itu dilakukan kerana yakin dengan perjuangan parti itu dalam membantunya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat lebih berkesan.

- Advertisement -

“Ya, saya kini merupakan ahli Bersatu. Saya sertai Bersatu sejak program melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 22 Ogos lalu.

“Menerusi program itu, bekas ahli PKR termasuk bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta penggerak PKN yang lain mengumumkan keputusan menyertai Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Fat Full, keputusan yang dibuatnya itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau merupakan ahli PKN.

- Advertisement -

“Ramai tidak sedar dan mungkin terlupa saya juga anggota PKN. Oleh itu keputusan sertai Bersatu bukan mengejutkan.

“Bersatu tidak hanya memperjuangkan orang Melayu dan bumiputera, tetapi turut memberi ruang kepada bukan Melayu untuk bersama bentuk sebuah negara bangsa,” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img