spot_img
spot_img

Android vs iPhone, mana yang lagi best?

spot_img

Katakanlah anda ingin membeli telefon pintar baru dan anda sedang memikirkan sama ada ingin bertukar selera.

Anda mungkin tidak berapa pasti sama ada pilihan anda beralih arah ini tepat atau tidak memandangkan kedua-duanya mmempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua ‘mazhab utama’ telefon pintar ini.

Android vs iPhone: Sekali imbas

iPhone

- Advertisement -


Kelebihan:

  1. Perkakasan dan perisian kedua-duanya dikawal selia dan dioptimasikan oleh Apple sendiri.
  2. Stor aplikasi yang dikawal rapi, kurang kebimbangan untuk diserang malware
  3. Sokongan pengguna yang bagus
  4. Kekurangan Storan yang terhad
  5. Telefon pintar yang berlainan model dan jenama

    Beberapa tahun sebelum ini, para pembangun pada kebiasaannya menyediakan aplikasi untuk iPhone terlebih dahulu sebelum aplikasi berkenaan hadir untuk pengguna Android.

    Kadang-kadang tu terlampau lama sampai makan tahun.

ANDROID

  1. Merupakan sistem operasi open source, sehingga mudah dikembangkan oleh developer handset
  1. Mudah dikustomisasi dan dimodifikasi
  1. Perangkat android memiliki harga yang beragam, dari yang termurah hingga termahal
  1. OS android dapat dijalankan pada banyak pilihan spesifikasi hardware
  1. Dukungan aplikasi yang sangat banyak dan beragam

Android vs iPhone: Perkakasan

Dari segi pilihan, memilih model iPhone adalah lebih mudah jika dibandingkan untuk memilih model telefon pintar Android.

Misalnya, untuk iPhone pada setiap keluaran, model yang ditawarkan adalah sekitar tiga atau empat pilihan sahaja dalam satu-satu masa.

- Advertisement -

Pilihan selalunya berkisar pada saiz skrin, 4.0 inci untuk iPhone SE hinggalah yang bersaiz 5.5 inci untuk iPhone 7 Plus.

Telefon pintar Android, lain pula halnya. Pilihannya adalah terlalu banyak hinggakan anda mungkin rambang mata dengannya.

Jadi, adakah iPhone lebih baik dari telefon pintar Android yang terbaik?

Jawapannya, belum tentu iPhone lebih bagus. Sesetengah telefon pintar Android menawarkan kamera yang lebih baik dari kamera iPhone.

Ada juga sesetengahnya memiliki paparan resolusi skrin yang lebih tinggi serta menawarkan ciri-ciri tambahan lain yang tidak disediakan pada iPhone seperti NFC, pemeriksa degupan jantung.

Anda mungkin boleh membeli iPhone yang menawarkan ruang storan yang lebih besar.

Namun, bukan semua model iPhone yang menawarkan ruang storan sehingga 128GB dan pastinya harga yang ditawarkan pada model berkenaan pula adalah lebih tinggi.

Berbeza dengan Android, anda mungkin boleh menambahkan ruang storan telefon pintar Android anda sehingga 64GB melalui slot kad mikro SD pada harga sekitar RM89.

Anda boleh bayangkan berapa banyak beza harga antara kedua-duanya hanya untuk menambah ruang storan sahaja.

Android vs iPhone: Perisian

Android hari ini telah jauh lebih maju jika dibandingkan dengan saat ianya pertama kali dipertontonkan kepada khalayak.

Kini, Android dan iOS kedua-duanya boleh dianggap sebagai sama taraf. Pun begitu, ada juga hal-hal kecil lain yang masih lagi membezakan di antara kedua-duanya, bergantung kepada selera pengguna seperti

Home Screen

Paling ketara, kesemua aplikasi-aplikasi iPhone ditempatkan pada ‘home screen’.

Walaupun pengguna dibenarkan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi ke dalam folder, home screen iPhone tetap tidak boleh diubahsuai sesuka hati.

Manakala Android pula, pengguna diberikan lebih kebebasan, termasuklah pilihan untuk menyimpan aplikasi pada ‘app tray’ atau meletakkannya pada home screen seperti iPhone.

Pengguna juga diberi pilihan untuk memaparkan imej-imej hiasa menarik pada home screen, menambah widget-widget tertentu seperti pemakluman cuaca, waktu dunia dan sebagainya.

Pembantu (Assistants)

iPhone ada Siri, Android pula ada Google Now. Kedua-dua mempunyai peranan yang sama, cuma kebolehannya sahaja yang berbeza.

Google Now bukanlah pembantu maya yang boleh anda ajak berborak. Siri pula, sekurang-kurangnya masih boleh dibawa berborak cuma ada masanya boleh tahan juga dia punya mengarut.

Pengguna boleh menggunakan Siri dan Google Now untuk menetapkan alarm, peringatan, mendapatkan petunjuk arah dan pelbagai lagi termasuklah menghantar mesej berteks.

Bagaimanapun, untuk arahan-arahan tertentu, Siri dilihat lebih memahami jika dibandingkan dengan Google Now yang pada kebiasaannya akan memaparkan hasil carian melalui internet.

Melalui iOS 10, Apple telah membuka Siri untuk digunakan oleh pembangun aplikasi untuk menjadikannya lebih bermanfaat mengikut kesesuaian

Untuk memasang aplikasi-aplikasi pula, Android masih lagi membenarkan penggunanya memasang aplikasi-aplikasi dari sumber yang tidak diketahui (unknown sources) termasuk fail-fail berformat .APK

Tapi untuk Apple iPhone, pengguna hanya dibenarkan untuk memasang aplikasi-aplikasi yang ditawarkan pada App Store sahaja.

Itupun, lain negara, lain pula aplikasi yang ditawarkan oleh App Store.

Pengguna mungkin boleh melakukan jailbreak pada iPhone, namun ia datang bersama-sama risiko-risiko tertentu yang mungkin sesetengah pengguna tidak berani membuatnya.

Dari segi penyambungan ke komputer pula, Android apabila disambungkan ke komputer akan bertindak seperti sebuah storan luaran (external hard disk, pemacu USB etc) dan pengguna boleh melihat, menyalin dan memadamkan fail sama seperti pada pemacu USB yang disambungkan ke komputer.

Oleh itu, kerja-kerja memindahkan video, imej, fail dan muzik amat mudah dilakukan di antara komputer dengan telefon pintar Android.

Berbeza dengan iPhone, apabila ia disambungkan ke PC, ia akan menyediakan fungsi seperti menyambung ke kamera digital.

Pengguna hanya dibenarkan untuk melakukan pemindahan foto, video dan muzik melalui perisian tertentu seperti iTunes sahaja.

Pengguna langsung tidak dibenarkan untuk mengakses ke sistem-sistem fail pada iPhone melalui PC.

Keselamatan dan Privasi

Apple diketahui umum amat menitik beratkan soal privasi pengguna. Hatta, kalau FBI sekalipun yang datang meminta darinya, ia tidak akan dapat dengan cara yang mudah.

Google pula, ia sememangnya akan mengumpulkan data-data dari pengguna untuk tujuan pengiklanan.

Jadi, bagi anda yang mementingkan privasi, iPhone lebih sesuai untuk anda.

Kes baru-baru ini yang melibatkan di antara FBI dan Apple menunjukkan betapa ketatnya tahap keselamatan iPhone.

Kesemua data-datanya telah dienkripsikan dan tidak boleh diakses tanpa memasukkan passcode.

Melalui penambahan ciri keselamatan pada iOS 8, iPhone yang telah dicuri tidak boleh digunakan selagi tidak memasukkan passcode yang betul.

Tahap keselamatan Android pula, hanya baru-baru ini sahaja dipertingkatkan sejak kehadiran Android 6.0 Marshmallow yang mewajibkan enkripsi full-disk.

Bagaimanapun, fungsi ini mungkin tidak dapat disokong pada telefon-telefon pintar Android versi yang terdahulu.

Android juga lebih terdedah dengan ancaman malware atas sebab ianya lebih banyak digunakan (sekitar 80 peratus penguasaan, berbanding iOS yang sekitar 20 peratus) menjadikannya sasaran utama penjenayah siber.

Tambahan pula, ekosistem Android lebih terbuka jika dibandingkan iPhone.

Kesimpulan

Tidak ada jawapan yang mudah untuk menentukan mana satu yang lebih baik, di antara Android dan iPhone.

Pilihan kedua-duanya bergantung dengan keperluan dan kehendak pengguna sendiri.

Misalnya, jika anda ingin mendapatkan telefon pintar pada kos yang kurang dari RM1,000, anda perlu memilih Android atau iPhone terpakai.

Tapi, jika faktor kewangan bukan masalah buat anda dan anda sememangnya ingin keselesaan dan privasi, iPhone mungkin lebih sesuai buat anda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img