spot_img
spot_img

Ahli Pas dilantik dalam semua PBT di Johor

spot_img

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bakal melantik ahli Pas sebagai Ahli Majlis di kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pelantikan tersebut membuktikan kerjasama UMNO dan Pas negeri menerusi Muafakat Nasional (MN) berjaya dizahirkan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, selain Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan turut mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis berkenaan.

- Advertisement -

“Berkenaan lantikan Ahli Majlis daripada Pas, perkara ini telah ditetapkan dan ia bergantung kepada keadaan. Misalnya kawasan majoriti Melayu seperti Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing.

“Tetapi yang penting, di setiap 16 PBT akan ada wakil daripada Pas, UMNO dan Bersatu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pemantau MN Johor, di Hotel Seri Malaysia, Larkin di sini hari ini.

Mesyuarat kedua itu dipengerusikan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin. Turut hadir barisan kepimpinan negeri kedua-dua parti.

- Advertisement -

Pelantikan berkenaan bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis yang ditinggalkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) sejak Mac lalu ekoran pertukaran kerajaan negeri.

Sementara itu, Abdullah berkata, pelantikan ahli Pas dalam jawatan berkenaan akan menyaksikan keberadaan parti itu di peringkat kepimpinan negeri ini secara lebih jelas.

“Keberadaan Pas dalam kerajaan Johor semakin jelas (dengan pelantikan sebagai Ahli Majlis). Dulu juga ada tetapi sekarang lebih jelas.

“Pelantikan ini sekaligus melegakan ahli Pas untuk beri sokongan padu terhadap kerajaan negeri,” ujarnya.

Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan, kedua-dua parti juga bersetuju mengadakan Konvensyen Muafakat Nasional bagi mengukuhkan kerjasama berkenaan di peringkat negeri.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img