spot_img
spot_img

Bersatu Melaka nafi 2,000 ahli, pemimpin keluar parti

spot_img

MELAKA, 24 Ogos — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka menafikan dakwaan kira-kira 2,000 ahli akar umbi dan pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan di negeri itu keluar parti pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata hasil semakan mendapati jumlah yang keluar parti adalah kecil dan ia melibatkan calon yang kalah dalam pemilihan parti yang lepas.

“Mereka kecewa, mungkin kerana tidak berjaya menjadi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian dan sebagainya, mereka hendak jalan pintas dan mungkin mereka ditawarkan pelbagai jawatan dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum pun diluluskan (pendaftaran) dan ia menjadi motivasi untuk mereka keluar Bersatu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pada Jumaat lepas, media melaporkan hampir 2,000 pemimpin dan ahli akar umbi Bersatu Melaka mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta susulan dakwaan kepercayaan kepada kepimpinan sebelum ini telah dikhianati.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq yang menang jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2019 hingga 2022 pada Sabtu lepas berkata sokongan akar umbi terhadap kepimpinan Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup kuat.

“Mereka merasakan beliau (Muhyiddin) merupakan seorang pemimpin yang benar-benar prihatin terhadap rakyat terutamanya dalam mengurus krisis pandemik COVID-19 sehingga segenap rakyat di bawah dapat merasai bantuan atau keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan beliau.

- Advertisement -

“Saya tidak nampak usaha-usaha untuk melumpuhkan Bersatu Melaka berjaya, sebaliknya saya yakin dengan kemenangan ramai pimpinan Bersatu Melaka di peringkat pusat, Bersatu Melaka akan lebih kukuh pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Bersatu Melaka akan mengadakan perjumpaan dengan semua ketua bahagian parti negeri itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk membuka bilik gerakan bagi melaksanakan latihan jentera pilihan raya.

“Kita juga sedang mengenal pasti kerusi yang patut Bersatu Melaka tanding termasuk calon yang akan bertanding dan ia mengambil kira pimpinan bahagian yang ada pada hari ini,” kata Mohd Rafiq yang juga Exco Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka.

Mengulas kemenangannya sebagai naib presiden Bersatu, beliau berkata ia membuktikan Bersatu jelas mendukung usaha meremajakan parti berkenaan dengan memberi peluang kepada anak muda untuk bersama-sama meneraju parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu yang berusia 34 tahun berkata kemenangan beliau juga membuktikan Bersatu sebagai parti demokratik dan terbuka.

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img