spot_img
spot_img

Sayap baharu tidak jejaskan kedudukan Bersatu dalam MN

spot_img

KULAI – Keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu parti itu yang bukan bumiputera memegang jawatan dalam parti akan menjadi platform dan suara baharu golongan berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sayap baharu itu juga tidak akan menggugat kedudukan parti tersebut termasuk dalam Muafakat Nasional (MN).

“Tidak (menggugat kedudukan dalam MN) kerana yang penting kepada kita bukan itu. Kita ada ahli-ahli bersekutu. Jadi, ahli bersekutu itu boleh
menjadi ahli kita.

- Advertisement -

“Paling penting kita menjunjung Perlembagaan sedia ada dan memastikan perkara yang dilakukan untuk kepentingan bersama dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semarak Bersatu Melayu Merdeka di sini malam tadi.

Semalam Muhyiddin mengusulkan penubuhan sayap itu yang sudah dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi parti dan jika diterima, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk meminda perlembagaan akan diadakan.

Menurut Muhyiddin penubuhan itu akan membolehkan semuanya bergerak dalam satu saf dalam menghadapi cabaran masa kini yang besar.

- Advertisement -

Hamzah berkata, satu jawatankuasa diketuai Tan Sri Dr Rais Yatim sudah ditubuhkan untuk melihat perkara tersebut dan mengemukakan cadangan kepada majlis pimpinan tersebut.

Pada masa sama katanya, Bersatu giat menambah bilangan ahli parti tersebut dengan sasaran sejuta orang dalam tempoh enam bulan ini.

Beliau yakin sasaran itu dicapai dalam tempoh berkenaan dan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi dijangka 200,000 pertambahan ahli baharu lagi sekali gus menjadikan keahlian parti menjadi 700,000.

“Kita minta semua ketua bahagian untuk menambah jumlah keahlian di semua bahagian mereka,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img