spot_img
spot_img

MUSA jawap isu logo baharu tular

spot_img

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) mengambil maklum isu yang tular mengenai logo baharu Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong setia skuad Hang Tuah.

Sebaik ia dilancarkan pada Sabtu lalu peranan MUSA tetap kekal sebagai badan yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri berkenaan.

- Advertisement -

Presiden MUSA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata pasukan terbabit yang ketika ini diuruskan oleh MUSA kini dalam proses pemisahan daripada persatuan, menjadi sebuah kelab bola sepak berstatus swasta yang bakal dikenali sebagai MUFC yang akan dimiliki sepenuhnya oleh Melaka United Football Club Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, MUFC juga bakal menjadi salah satu ahli tidak bersekutu bersama lebih 70 daripada kelab ahli gabungan bola sepak di seluruh negeri Melaka yang bernaung di bawah MUSA.

Katanya, berkaitan logo baharu yang dilancarkan, ia bakal digunakan secara eksklusif oleh MUFC yang akan diswastakan sepenuhnya dan sekiranya pemilik baharu ingin mengubah logo kelab terbabit ia adalah hak mutlak pemilik mereka.

- Advertisement -

“Ia berikutan kerana penswastaan kelab diletakkan sebagai syarat wajib oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada semua pasukan berkuat kuasa pada 30 September 2020 sebelum dibenarkan untuk menyertai semua pertandingan Liga Malaysia bermula musim 2021 yang akan datang.

“Dalam perkara terbabit, MUSA akan mengambil segala tindakan undang-undang yang perlu dan wajar bagi memastikan logo baharu MUFC dapat digunakan secara sah,” katanya.

Beliau berkata, mengikut semakan awal yang dilakukan, logo pokok Melaka yang menjadi pertikaian terbabit masih belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Sulaiman berkata, pemilihan logo baharu MUFC yang berdasarkan lambang pokok Melaka dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.

Berikutan itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu terbabit dan hanya selepas ia diluluskan, baru logo berkenaan akan diguna pakai.

– Oleh Nazri Abu Bakar MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img