spot_img
spot_img

Lewandowski layak dapat Ballon d’Or

spot_img

PENYERANG Poland dan Bayern Munich, Robert Lewandowski layak meraih Ballon d’Or jika anugerah itu diberikan bagi tahun 2020, kata bekas penyerang Portugal, Nuno Gomes.

Lewandowski meledak 55 gol dalam semua pertandingan termasuk 15 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), untuk membantu Bayern meraih treble – Bundesliga, Piala Jerman dan UCL.

Bola Sepak Perancis sudah mengambil keputusan bahawa anugerah Ballon d’Or tidak diberikan pada tahun ini susulan musim yang terganggu kerana pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Gomes percaya keputusan itu tidak adil bagi Lewandowski, yang menikmati kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain dalam aksi final UCL.

“Saya berasakan dia berhak memenangi Ballon d’Or jika ia diberikan. 

“Dia seorang penyerang yang berbisa jika anda berdepan dengannya. Anda perlu memerhatikan setiap gerak gerinya kerana jika diberi ruang, dia akan menjaringkan gol.

- Advertisement -

“Dia antara penyerang terbaik ketika ini, sudah pasti.” kata Gomes.

-MyMetro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img