spot_img
spot_img

Bersatu sedia lalui proses peremajaan parti

spot_img

MELAKA – Barisan pemimpin muda menduduki jawatan tertinggi sebagai ‘signal’ awal parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia untuk proses peremajaan parti.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, penampilan ‘muka muda’ memberikan satu kekuatan untuk menarik generasi muda dalam masa sama parti dapat diperkasakan.

Menurutnya, beliau yakin gandingan orang muda memudahkan untuk sesuatu maklumat disalurkan dan penyampaian dapat disampaikan dengan lebih berkesan hingga di peringkat akar umbi.

- Advertisement -

“Kemenangan ini membuktikan Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin demokratik, transparent, tanpa campur tangan mana-mana pihak dan parti yang betul-betul menghayati proses peremajaan.

“Pemilihan anak muda parti diberikan peluang dalam Bersatu ini menunjukkan tidak semua parti bersedia melakukan perubahan seperti ini dan satu pengiktirafan tinggi,” katanya ketika sidang media di Bukit Katil di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq yang juga Exco Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang tewas merebut jawatan naib presiden.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau menghormati individu berkenaan yang banyak berjasa kepada parti terutama Bersatu Melaka dan kemenangan beliau tiada istilah untuknya mengetepikan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri itu.

“Saya telah menghubungi beliau dan akan berjumpa empat mata kerana banyak benda yang boleh kita belajar daripada beliau dan berharap beliau dapat menurunkan nasihat untuk memacu Bersatu Melaka.

“Kita bertanding sebagai sebuah keluarga dan harap dapat merapatkan saf, apa yang penting tumpuan kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu mengesahkan tindakan beberapa bekas pemimpin dan ahli Bersatu Melaka yang keluar parti baru-baru ini hanyalah jumlah terpencil kerana didakwa gagal menjawat sebarang jawatan pada pemilihan lalu.

Menurutnya, keputusan yang dilakukan sebilangan mereka disebabkan kekecewaan tidak dapat menjawat sebarang jawatan sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan pada pemilihan lalu dan memilih jalan pintas untuk mendapatkan jawatan dengan menyokong parti baharu.

“Kita tidak menafikan (ahli keluar) tapi jumlahnya agak terpencil dan tertumpu calon-calon bertanding yang tewas.

“Mereka kecewa tidak berjaya akhirnya mereka nak jalan pintas dan ditawarkan pelbagai jawatan yang mungkin jadi motivasi untuk mereka keluar (parti),” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img