spot_img
spot_img

Pemain Bayern seperti adik beradik

spot_img

LISBON: Joshua Kimmich memuji semangat “Adik Beradik” dalam pasukan Bayern Munich dan impak dihasilkan ketua jurulatih Hansi Flick selepas kemenangan 1-0 mengatasi Paris Saint Germain pada final Liga Juara-Juara.

Tandukan babak kedua bekas pemain PSG, Kingsley Coman di Lisbon sudah cukup untuk memastikan gergasi dari Bavaria dimahkotakan selaku juara Eropah buat kali keenam.

“Ini adalah hari terbesar dalam karier saya,” kata pertahanan kanan, Kimmich, yang meraikan kejayaan dekat Lisbon itu bersama Serge Gnabry, produk daripada akademi Stuttgart.

- Advertisement -

“Adalah sukar untuk menceritakan apa yang dirasai untuk berdiri di padang bersama pasukan seperti itu.

“Ia seperti bermain dengan adik beradik, tidak boleh lebih baik daripada itu.

“Jika anda buat salah, pasti ada orang lain akan segera menolong.”

- Advertisement -

Bayern menjadi pasukan pertama menang semua 10 perlawanan dalam satu kejohanan Liga Juara-Juara yang teruk menerima kesan akibat penularan COVID-19 dan menjaringkan 43 gol dalam proses berkenaan.

Kimmich mengatakan kejayaan itu hasil kerja keras ketua jurulatih, Flick yang mengambil alih pasukan pada November selepas Niko Kovac dipecat dengan membentuk semangat “tidak boleh dikalahkan”.

“Hansi Flick menunjukkan keyakinan yang besar terhadap kami sejak mula,” kata Kimmich.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img