spot_img
spot_img

Bersihkan nama jika didapati tidak bersalah

spot_img

KUALA LUMPUR: Meskipun kedaulatan undang-undang jelas menyebut seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah, namun kenyataan itu tidak menggambarkan realiti pemikiran orang ramai.

Individu yang pernah ditangkap agensi penguat kuasa dan didakwa atas sesuatu tuduhan, akan kekal bersalah akibat ‘dihukum’ oleh tanggapan masyarakat walaupun badan kehakiman memutuskan sebaliknya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, sudah tiba masanya agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan pendekatan baharu dengan membuat pengumuman yang menjelaskan seseorang itu sudahpun bebas daripada sebarang pertuduhan.

- Advertisement -

Beliau berkata, langkah itu penting untuk membersihkan nama seseorang ekoran reputasinya mungkin terjejas ketika berlakunya tangkapan, proses reman dan sepanjang perbicaraan berlangsung.

“Saya percaya secara seadilnya sebagai satu pihak bertanggungjawab, mungkin agensi penguat kuasa perlu mulakan satu amalan iaitu patut ambil satu tugasan untuk membuat pengumuman kepada media.

“Contohnya, agensi penguat kuasa mengesahkan bahawa setelah perbicaraan berjalan, mahkamah mendapati individu berkenaan tidak bersalah. Maka, perlu dilaporkan untuk membersihkan namanya,” katanya ketika dihubungi semalam.

- Advertisement -

Dalam pada itu, peguam kanan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berpendapat, penangkapan dan pendakwaan secara berihsan perlu diamalkan melalui penilaian keseluruhan kes, impak, kewujudan bukti yang cukup dan aspek keadilan sebelum dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, walaupun terdapat prinsip bahawa seorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah, malangnya reputasi seseorang di Malaysia tercalar apabila diberitakan sebagai tertuduh di mahkamah.

“Di samping itu, kesan pada diri dan keluarga dari pelbagai segi juga amat besar dan tidak dapat dipulihkan kembali. Berdasarkan perkara-perkara sebegitulah saya menyeru agensi penguat kuasa harus menguatkuasakan undang-undang dengan berihsan dan Pejabat Peguam Negara harus mendakwa dengan berihsan.

“Keihsanan bermakna memahami kesusahan yang dialami oleh seseorang berserta keinginan untuk menyelesaikan kesusahan tersebut. Maka orang yang berihsan tidak akan wujudkan kesusahan pada orang lain yang boleh dielakkan,” jelasnya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img