TERKINI
Politik

Bersatu Parti kecil-kecil cili padi

August 17, 2020 8:44 am –

16 Ogos Johor Bahru : Walaupun Bersatu ditubuhkan baru empat tahun, namun pengaruh besarnya telah berjaya disuntik di dalam arena politik negara.

Menurut Ketua Bahagian Bersatu Cameron Highland, Dr Abdul Rashid, ini telah dibuktikan daripada terlahirnya dua Perdana Menteri dari parti baru itu. Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah Tun Dr Mohathir Mohammad, bekas Pengerusi Bersatu dan kini Perdana Menteri juga datangnya dari Bersatu, Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ke 8 itu dipilih di saat-saat akhir oleh ahli-ahli parlimen negara dan direstui oleh Yang Di Pertuan Agong.

Menurut Dr Abdul Rashid, jasa terbesar Bersatu bukan pada jawatan Perdana Menteri, tetapi parti itu berjaya menyatu-padukan orang-orang Melayu di negara ini.

“Dengan kekalahan UMNO, parti-parti terbesar orang Melayu bergabung. Hampir 6 dekad UMNO dan PAS, mereka sebagai parti terbesar orang Melayu, sering bergaduh, tiada muafakat dalam apa jua pun, tetapi kini mereka boleh duduk bersama dan membentuk ikatan yang tidak rasmi iaitu Muafakat Nasional”, tambah beliau.

Dengan kekalahan UMNO dahulu, secara tidak langsung Bersatu berjaya membentuk perpaduan Melayu. “Perdana Menteri kita pun bersetuju dalam amanat beliau semalam untuk menyertai Muafakat Nasional, ini akan terus memberi suara utama orang Melayu di dalam kerajaan”, ujar beliau di Majlis Semarak Kemerdekaan, di Johor Bahru semalam.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam, mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti politik yang ingin bersama Muafakat Nasional, hendaklah membuang niat jika ingin bergabung, bukan kerana untuk mempertahankan jawatan atau ingin menyelamatkan kerusi atau ingin menyelamatkan parti yang sedang berpecah. Ramai beranggapan kenyataan Khaled itu ditujukan kepada Bersatu. Naib Presiden UMNO itu sering kali dilihat suka menyerang Bersatu di dalam usaha mereka membentuk kerajaan bersama UMNO.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam amanat Persidangan Bersatu kepada

Perwakilan-perwakilan mereka, menegaskan bahawa penyertaan Bersatu di dalam Muafakat Nasional, sebenarnya adalah untuk membentuk ‘Grand Coalition’ Perikatan Nasional, bagi melahirkan kerajaan yang stabil dan kuat. Ia sangat penting bagi negara. Hasilnya akan diterjemahkan kepada manfaat di dalam taraf hidup rakyat kerana ekonomi dapat dipacu dalam suasana yang stabil.

“Jadi teruslah berjuang dengan ikhlas di dalam Bersatu, kita mempunyai masa depan yang kuat bersama kepimpinan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti kita kecil-kecil cili padi”, ujar akhir Dr Abdul Rashid.

Malam Semarak Kemerdekaan dianjurkan oleh Bersatu Bahagian Johor Bahru yang dihadiri oleh Puan Azlinda Abdul Latiff, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Ketua Srikandi Negeri Johor, YB Senator Ir Nasir Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Bersatu Johor, kepimpinan bahagian dan ahli-ahli cawangan Bersatu Johor Bahru .

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid