spot_img
spot_img

Tiada sebab khianat parti sendiri, kata Muhyiddin

spot_img


KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati parti itu.

“Saya yang tubuhkan parti ini. Jadi tidak ada sebab untuk saya khianat kepada parti yang saya sendiri tubuhkan,” kata Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau sendiri telahpun melalui fasa jatuh dan bangun dalam politik yang menjadi sebahagian daripada asam garam kehidupan yang perlu beliau terima.

- Advertisement -

“Ada kalanya saya di atas. Ada kalanya saya di bawah. Kali ini ALLAH SWT memberikan kepada saya satu amanah besar untuk memimpin parti dan kerajaan. Pengalaman mengajar saya bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa adalah sementara. Ia bukanlah kurniaan untuk kita bermegah-megah.

“Ia juga bukan hak untuk kita miliki selama-lamanya. Tetapi kuasa pemerintahan adalah satu amanah berat untuk kita pikul,” katanya dalam perutusan bersempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020.

Muhyiddin yang juga pemangku pengerusi parti berkata apa sahaja jawatan yang dipegang di dalam parti merupakan amanah yang mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

- Advertisement -

“Bagi yang kalah dalam pertandingan dan tidak memegang apa-apa jawatan, jangan kecewa, jangan merajuk. Teruslah istiqamah dalam perjuangan. Dalam perjuangan politik, jatuh bangun itu adalah perkara biasa.

“Buktikan keikhlasan dalam berjuang. Insya-ALLAH saudara-saudari akan berpeluang untuk terus berbakti kepada parti, bangsa dan negara,” katanya.

Pemilihan Bersatu membuka tirai hari ini membabitkan sayap Armada diikuti Srikandi esok manakala pemilihan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pula akan berlangsung semasa persidangan peringkat bahagian yang dijadualkan 22 Ogos ini.
Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img