spot_img
spot_img

‘Bersatu Johor panas, ahli memberontak mahu sertai parti Dr M’

spot_img

Situasi Bersatu Johor dikatakan panas dengan pemberontakan di kalangan ahli-ahlinya, menurut sumber.

Bahkan bahagian presiden parti Muhyiddin Yassin di Pagoh juga, kata sumber lagi mungkin tidak selamat dari penghijrahan ahli-ahlinya ke dalam parti baru Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun parti baru itu masih belum mempunyai nama lagi, seorang Adun kanan Bersatu Johor memberitahu Malaysiakini terdapat minat yang sangat besar untuk menyertainya.

- Advertisement -

“Walaupun parti itu belum wujud. Perasaan nak sertai parti itu khususnya daripada ahli-ahli Bersatu nampak agak menyerlah juga lah,” kata wakil rakyat yang enggan namanya disiarkan itu.

Sebelum ini, ketika krisis “langkah Sheraton” sedang memuncak, 19 daripada 26 bahagian Bersatu Johor telah menyatakan sokongan mereka kepada Mahathir setelah Muhyiddin dilaporkan memberi lampu hijau terhadap rampasan kuasa di negeri itu.

Tidak jelas jika kesetiaan ini masih tetap sama memandangkan pemimpin negeri kem Mahathir Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang pada ketika itu kini telah menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri PN.

- Advertisement -

Tidak lama selepas PN mengambil alih negeri ini, terdapat perbezaan pendapat di dalam Bersatu Johor dengan beberapa pemimpin tidak senang diketepikan oleh Umno dalam kerajaan negeri yang baru.

Suatu rampasan kuasa dilaporkan dirancang, namun dihentikan oleh Sultan Johor Sultan Iskandar yang bertitah memberi amaran untuk membubarkan DUN sekiranya berlaku perebutan kuasa.

Disoal sekiranya parti baru itu telah mencetuskan rundingan baru, sumber PH Johor berkata muncul desas-desus bahawa Adun Bersatu akan menyertai parti baru Dr Mahathir.

Beliau berkata hal tersebut akan tampak lebih jelas semasa pilihan raya kecil Slim di Perak, yang akan ditandingi oleh kem Mahathir.

Setakat ini parti baru Mahathir mendapat sokongan dua ahli parlimen Johor, mereka ialah Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang telah disingkirkan daripada Bersatu bersama-sama Mahathir, belum menyatakan pendiriannya.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini tetapi tidak terikat menyokong PN atau PH.

Menjelaskan asas perjuangan parti politik baru yang belum dinamakan itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan “menghapus rasuah dan kleptokrasi.”

Shahruddin ketika dihubungi hari ini berkata beliau yakin ramai ahli akar umbi Bersatu di Johor akan menukar keanggotaannya menyertai parti baru itu.

“60 ke 70 peratus akan berhijrah. Terutama ahli-ahli tanpa jawatan dalam bahagian,” kata MP Sri Gading itu.

Shahruddin sebelum ini ialah timbalan menteri kerajaan PN dan merupakan orang kuat Muhyiddin di Pagoh selama lebih dari dua dekad.

Bagaimanapun, beliau meletak jawatan ebagai timbalan menteri kerja raya pada bulan Juni, dengan alasan perlu menyelamatkan Bersatu di tengah perpecahan antara Mahathir dan Muhyiddin.

Rayuan selesai perbezaan

Sekarang terdapat spekulasi Shahruddin akan bertanding di kerusi DUN Bukit Pasir di Pagoh pada pilihan raya akan datang.

Shahruddin pernah menyandang kerusi DUN itu selama dua penggal ketika ia dikenali sebagai DUN Jorak.

“Kalau parti baru ni ditubuhkan, dijangka Shahruddin akan tanding di DUN Bukit Pasir,” kata Hanafi Mohd Taib, bekas ahli jawatan kuasa Bersatu Pagoh.

Hanafi, yang masih bersama Bersatu dan sekarang bekerja di pejabat ahli parlimen Pagoh, berkata majoriti ahli bahagian masih setia kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya sudah ada beberapa ahli berpaling tadah di bahagian tersebut.

“Bukan jangka, memang sudah ada,” katanya menjelaskan terdapat ahli yang hadir pada majlis “Bersatu Blackout” di Pagoh yang dihadiri Mukhriz Mahathir pada Julai lalu.

“Bersatu Blackout” adalah istilah yang digunakan oleh kem Mahathir selepas disingkirkan daripada parti kerana duduk berasingan daripada ahli parlimen PN ketika sidang parlimen 18 Mei.

Bagaimanapun, Hanafi berkata penyertaan ke dalam parti baru itu tidak akan cukup signifikan untuk membina akar umbi yang kuat.

Ini kerana dakwanya Bersatu memang tidak mempunyai akar umbi yang besar.

“Bersatu ini sendiri dia bukan lah ramai sangat ahli sebab struktur di bahagian akar umbinya terlalu lemah.

“Bersatu ini sendiri lemah, macam mana benda yang lemah kita pecahkan lagi? Macam mana kita akan jadi lagi kuat?”

Hanafi berharap Mahathir dan Muhyiddin dapat menyelesaikan perbezaan mereka dan memperkukuhkan Bersatu, bukan sebaliknya melemahkan parti itu.

Mahathir menentang Muhyiddin, selepas beliau membawa Bersatu keluar daripada PH untuk membentuk kerajaan baru dengan Umno, BN dan PAS,.

Gelombang pemberontakan ahli Bersatu sudah bermula di Lembah Klang dengan dua ahli majlis tertinggi dan seorang Adun Selangor keluar daripada parti itu untuk menyertai pihak Mahathir

Sumber-MALAYSIA KINI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img