spot_img
spot_img

Kumpulan Dr Mahathir disyor kembali bersama Bersatu

spot_img

KOTA BHARU – Kumpulan yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Bersatu blackout” dinasihat tidak terburu-buru menubuhkan parti baharu sebaliknya boleh meneruskan perjuangan mereka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diasaskan bersama sebelum ini.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun mereka mempunyai hak untuk menubuhkan parti baharu tetapi untuk mengheret bekas perdana menteri itu untuk bersama-sama parti baharu itu nanti tidak akan menguntungkan sesiapa malah boleh menyebabkan imejnya sebagai pemimpin akan tercalar.

“Saya secara peribadi, jika benar parti baharu mahu ditubuhkan bersama Tun (Dr Mahathir Mohamad) saya rasa sedih kerana mereka sebenarnya boleh berjuang di dalam Bersatu yang ditubuhkan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

- Advertisement -

“Saya khuatir ada pihak yang mahu ambil kesempatan untuk menjatuhkan beliau (Dr Mahathir) dan kalau mahu bersama mereka (menubuhkan parti baharu) saya rasa sedih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Bahagian-Bahagian (Berkelompok) Bersatu Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, yang penting dalam perjuangan adalah khidmat kepada rakyat dan bukannya bersandarkan kepada ketokohan individu semata-mata.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya dilaporkan berkata, hasrat kumpulan Dr Mahathir untuk menubuhkan parti baharu atau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya akan diputuskan selepas permohonan Muhyiddin untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung tindakan pemberhentian keahlian mereka daripada parti itu diputuskan hari ini.

- Advertisement -

Hari ini Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan Muhyiddin dan tiga lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang difailkan Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

Dengan membenarkan permohonan Muhyiddin dan tiga lagi defendan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir dan lima lagi plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk mengemukakan tindakan undang-undang terhadap defendan.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img