spot_img
spot_img

Kes Guan Eng: Pemimpin UMNO tempelak kenyataan DAP

spot_img

SHAH ALAM – Pemimpin UMNO menempelak kenyataan DAP yang menyifatkan pendakwaan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sebagai satu pendakwaan politik.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, jika perkara yang sama berlaku dengan melibatkan Barisan Nasional (BN) ia sudah dihukum sebagai ‘bersalah’ oleh parti berkenaan.

“Kalau BN yang kena, laju bersorak dan ringan mulut terus hukum ‘bersalah’. Bila parti dia, belum dengar dakwaan, belum bicara, senang-senang cakap tiada bukti. Senang‐senang tuduh pendakwaan politik,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau menasihati DAP agar menghormati institusi kehakiman seperti mana BN dalam menangani situasi yang sama sebelum ini.

“Nak solidariti, silakan. Tiada siapa halang. Tetapi sepertimana BN menghormati institusi kehakiman, begitulah juga sewajarnya DAP dan Pakatan Harapan. Jika benar anda tidak bersalah, tegakkannya di mahkamah,” katanya.

BACA : ‘Tuduhan pada saya bermotifkan politik’

- Advertisement -

Terdahulu, laman Facebook DAP memuatnaik gambar Guan Eng bersama kenyataan ‘SPRM telah menahan Lim Guan Eng. Tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan. Pendakwaan politik oleh Perikatan Nasional ternyata telah bermula. Solidariti Bersama Lim Guan Eng’.

Kenyataan itu dikeluarkan sebelum Guan Eng didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang pagi tadi.

Guan Eng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dijadual dituduh di Mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img