Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan satu lagi parti yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
“Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.
“Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yan wujud hari ini telah menggadi maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa,” katanya hari ini.
Bagaimanapun, Dr Mahtahir menjelaskan parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran “iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.”
“Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.
“Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain,” katanya lagi.
Sumber-MALAYSIA KINI