spot_img
spot_img

Sabah Memilih: Zahid Hamidi, Ahmad Maslan datang Sabah

spot_img

KOTA KINABALU: Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin terasa dengan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke negeri ini, lewat petang Rabu.

Selain Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, turut kelihatan adalah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Rombongan pemimpin pusat itu tiba di Kota Kinabalu, kira-kira jam 7.20 petang tadi dengan disambut oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

- Advertisement -

Difahamkan, pihak UMNO pusat dan negeri akan mengadakan mesyuarat tertutup di Kota Kinabalu yang berkemungkinan berbincang mengenai senario terkini politik di Sabah.

Kehadiran Presiden UMNO dan jawatankuasa peringkat tertinggi parti itu juga dilihat akan membincangkan mengenai perihal pengagihan kerusi menjelang PRN Sabah.

Baru-baru ini, Bung Moktar dalam sidang medianya mendedahkan pihak Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan seangkatan akan bertanding di kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan.

- Advertisement -

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img