spot_img
spot_img

Sabah Memilih: Shafie Apdal mahu calon setia, bukan kaki lompat

spot_img

KOTA KINABALU: Kesetiaan kepada parti dan bukannya kaki lompat merupakan antara kriteria yang menjadi pertimbangan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam meletakkan calon mewakili Parti Warisan Sabah dan rakan sekutunya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Tegas Ketua Menteri Sabah itu, kesetiaan kepada parti dan perjuangan penting bagi memastikan calon yang menang tidak melompat dan berpaling tadah.

“Muka baharu antara pertimbangan kita selain mempunyai latar belakang pendidikan. Tetapi ia bukan kriteria utama. Apa yang paling utama ialah  kita tidak mahu (calon) melompat.

- Advertisement -

“Walaupun mereka mempunyai pendidikan tinggi dan kemudian melompat parti… tiada gunanya. Mereka mesti mempunyai kesetiaan kepada parti,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama barisan pemimpin Warisan di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu pada petang Isnin.

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img