spot_img
spot_img

PRN: Warisan-plus muktamadkan calon minggu depan

spot_img

KOTA KINABALU, 3 Ogos — Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama rakan parti lain (Warisan-Plus) dijangka memuktamadkan senarai calon dan pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, minggu depan, kata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, parti itu bersama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan calon yang bukan sahaja boleh menang, tetapi juga setia pada parti.

“Tidak ada gunanya kita letak calon yang ada ijazah, yang berpangkat doktor, tetapi melompat (ke parti lawan) setelah menang.

- Advertisement -

“Kita mahu memastikan calon dan kerusi (ditandingi) adalah bersesuaian bagi menjamin kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan Warisan bersama UPKO dan PH, di sini hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, turut memberitahu Warisan dan rakan-rakan partinya mementingkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ahlinya bagi menghadapi pihak lawan.

Dalam pada itu, beliau berkata keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Khamis lalu, diambil berikutan keadaan politik semasa yang boleh menjejaskan pengurusan pentadbiran negeri, termasuk usaha menarik pelabur ke Sabah.

- Advertisement -

Berikutan situasi politik semasa itu, kata Mohd Shafie, beliau telah menasihati Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin supaya membubarkan DUN.

Ketika ditanya mengenai usaha pihak tertentu menghalang PRN dijalankan melalui proses mahkamah, Mohd Shafie berkata beliau telah mengarahkan Peguam Besar Negeri untuk mengendalikan perkara itu.

Sementara itu, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata partinya akan mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  lepas, yang mana penyandangnya telah beralih sokongan.

DUN Sabah dibubarkan pada Khamis lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 September depan.

Rabu lalu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, namun Tun Juhar bersetuju membubarkan DUN atas permintaan Mohd Shafie.

Pada PRU-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan tetapi pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah.

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img