spot_img
spot_img

TYT perkenan bubar DUN, PRN Sabah dalam tempoh 60 hari

spot_img

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin telah memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan seterusnya membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau pada sidang media pagi ini turut menunjukkan surat watikah yang telah ditandatangani oleh Juhar.

Menurut Mohd Shafie, Juhar menyatakan perkenannya berkaitan pembubaran DUN dalam pertemuan pagi tadi.

- Advertisement -

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

- Advertisement -

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img