spot_img
spot_img

Kerajaan Muhyiddin akan tumbang jika enam Ahli Parlimen UMNO disabitkan bersalah

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tumbang sekiranya enam Ahli Parlimen UMNO yang kini sedang dibicarakan di mahkamah disabitkan bersalah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, disebabkan itu Muhyiddin akan memastikan keenam-enam pemimpin itu tidak bersalah.

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.

- Advertisement -

“Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya dalam satu hantaran di blog chedet.cc pada Sabtu.

Enam Ahli Parlimen UMNO yang dimaksudkan Dr Mahathir ialah Datuk Seri Najib Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Dr Mahathir berkata, perkara seperti itu sudahpun disaksikan apabila anak tiri Najib, Riza Aziz serta bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan pecah amanah.

Ahli Parlimen Langkawai itu turut yakin keenam-enam Ahli Parlimen itu  akan ‘diselamatkan’ oleh Muhyiddin bagi memastikan kerajannya terus mendapat majoriti untuk mentadbir.

- Advertisement -

Ketika ini jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114 daripada 222 wakil rakyat di Dewan Rakyat.

“Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang. Yang salah tidak salah, yang benar salah, yang menang kalah, yang kalah menang.

“Syabas. Norma baru sudah dicipta,” katanya lagi.

Sumber – AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img