12 June Kuala Lumpur : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat beratur dan mengikuti SOP untuk solat Jumaat secara berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab , Bukit Damansara , tengah hari tadi.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 18 Mac lalu, aktiviti keagamaan dan juga solat untuk semua dihentikan.
Beliau juga memuji kariah masjid yang mengikuti SOP dari MKN dan Kementerian Kesihatan seperti mengambil maklumat peribadi dan suhu pengunjung masjid.