spot_img
spot_img

Pas-UMNO perlu segera bincang isu agihan kerusi PRU15

spot_img

PASIR MAS – Agihan kerusi antara Pas dan UMNO perlu segera dibincangkan pucuk pimpinan kedua-dua parti sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara itu bertepatan dengan perkembangan semasa politik tanah air ketika ini dan situasi politik itu dijangka lebih mencabar.

“Secara tidak langsung kita mampu mengelak daripada tercetusnya sebarang kesan negatif terhadap kedua-dua parti. Sebagai contohnya di Kelantan, kita tahu bahawa dua parti sahaja yang menjadi pilihan pengundi iaitu Pas dan UMNO.

- Advertisement -

“Selain Pas dan UMNO, ia masih tidak relevan dalam suasana politik yang ada hari ini. Bagi mengelakkan berlakunya pertembungan antara kedua-dua parti yang tentunya akan menyebabkan kesan negatif kepada seluruh negara, kita perlu segera duduk semeja dan berunding,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub yang mahu perkara itu disegerakan.

Menurutnya, politik Malaysia lebih sesuai kepada satu lawan satu dan menyifatkan kurang relevan sekiranya pertandingan berlangsung lebih daripada dua penjuru dalam pilihan raya.

Sumber – SINAR –
- Advertisement -

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img