spot_img
spot_img

Saya tidak akan letak jawatan – Pak Wan

spot_img

 

KAJANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengulangi pendirian bahawa beliau sama sekali tidak akan meletak jawatan dan meninggalkan parti.
Dalam sidang media hari di kediaman beliau di sini, Mohd Redzuan berkata, spekulasi itu tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, terdapat percubaan kumpulan tertentu yang sengaja membabitkan beliau untuk memecah belah keutuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), serta mengganggu gugat kestabilan politik negara.
“Saya nak ulangi saya tidak meletak jawatan dan tidak akan meletak jawatan.
Sebelum ini Mohd Redzuan, lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan, antara nama yang disebut-sebut akan meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional, dan kembali kepada Pakatan Harapan.
Spekulasi itu bertambah hangat apabila beliau mengakui telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, bulan lepas.
Namun ketika ditanya media mengenai pertemuan itu, Mohd Redzuan berkata ia hanya perjumpaan santai sempena Aidilfitri, dan mengakui beliau turut berjumpa beberapa pemimpin politik lain termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img