1. Nampaknya tulisan saya tempoh hari ada asasnya.
2. UMNO sudah 60 tahun lebih mengetuai kerajaan. Dalam tempoh itu, UMNO sentiasa menjadi nombor satu. Jadi secara logiknya, mana mungkin UMNO akan berada dibelakang Bersatu atau Bersatu mengetuai UMNO.
3. Oleh itu, sudah tentu juga UMNO inginkan lebih jawatan lantikan politik dalam kerajaan berbanding Bersatu. Daripada sekecil-kecil jawatan AJK Ketua Kampung sampailah sebenar-besar jawatan dalam GLC.
4. Inilah kesempatan yang ada semantera menjadi kerajaan untuk UMNO kuatkan akar umbinya bagi menghadapi PRU15 nanti.
5. Tok Mat Timbalan Presiden UMNO dah tegaskan selain Muafakat Nasional, gabungan yang lain bukanlah strategik buat UMNO. Ini bermakna UMNO akan sentiasa anggap Bersatu sebagai pesaing, bukan sahabat. UMNO parti orang melayu. Bersatu juga parti orang melayu.
6. Tambahan pula Bersatu adalah serpihan UMNO yang pernah dianggap sebagai pengkhianat satu ketika dulu. Adakah UMNO akan mempercayai orang yang mengkhianatinya?
7. Disebabkan itu, UMNO akan berusaha untuk monopoli jawatan lantikan politik bagi menguatkan parti mereka. Bayangkan Khaled Nordin pun dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Ini bukanlah jawatan yang sesuai bagi seorang Naib Presiden kepada parti besar dan seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor dan Menteri Kerajaan Persekutuan.
8. Kalau jawatan kecil begini pun diberi pada pemimpin besar UMNO. Apa yang tinggal lagi untuk Bersatu?
Wallahualam.