spot_img
spot_img

Gunting rambut atau tidak, pilihan di tangan kita

spot_img

Rakyat Malaysia memang mudah menjadi hero dibelakang keyboard. Apa sahajayang sensasi, positif atau negatif, pasti disambung dengan panjang oleh mereka yang digelar netizen.

Langkah kerajaan untuk mendidik rakyat dalam krisis wabak Covid19, menjadi senjata makan tuan. Kerajaan yakin kepada kebijaksanaan rakyat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 97% berjaya dicapai. Selebihnya mungkin ingkar dan mereka yang perlu bekerja.

Untuk PKP fasa seterusnya hingga 28 April, kerajaan melonggar beberapa aktiviti perniagaan. Ia bagus untuk ekonomi dan pekerjaan pada mereka yang memerlukan. Kerajaan juga menentukan beberapa garis panduan untuk beroperasi semasa PKP.

- Advertisement -

Sebagai contoh kedai gunting rambut, mereka perlu memohon kelulusan dari MITI terlebih dahulu. Pelanggan perlu disaring suhu, memakai topeng muka, hand sanitize semasa berada dalam kedai gunting, tiada cuci rambut dan sebagainya.

Tetapi pihak netizen terus menyalahkan Menteri kerana meluluskan perniagaan gunting rambut. Adakah rakyat Malaysia tidak boleh diajar untuk berdisiplin ? Adakah jika perintah dari kerajaan barulah kita ingin patuh, bukan atas kesedaran sendiri ?

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menjadi maju. Kita harus bersama kerajaan untuk memastikan ekonomi tidak menjunam dan peluang pekerjaan masih ada. Tidak semua suara di sosial media menggambarkan suara rakyat.

- Advertisement -

Kita harus menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Bukan hanya dengan menurut perintah, tetapi atas kesedaran sivik diri sendiri. Sekarang, negara jiran sangat cemburu akan kerajaan kita yang cemerlang mengendalikan wabak ini, pada masa yang sama biar mereka juga ingin mencontohi sikap kita yang matang.

Wawasan 2030

Zulkiefli, Kuantan, Pahang

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img