spot_img
spot_img

Dong Zong akur banyak laporan polis – batal kongres

spot_img

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Dong Jiao Zong berkata hari ini ia akan mematuhi perintah mahkamah yang menghalang persatuan itu dari meneruskan Kongress mereka esok.

Perintah itu dikeluarkan oleh pihak polis kerana takut timbul rusuhan dan menggugat ketenteraman awam.

Gabungan para pendidik Cina berkata ia akur pada perintah mahkamah dari pihak polis itu pada pukul 5.10 petang hari ini.

- Advertisement -

“Polis telah mendapatkan perintah mahkamah atas alasan mengganggu keamanan dan tidak membenarkan Persidangan Persatuan Cina itu diadakan pada pagi 28 Disember 2019, di Auditorium Kolej Universiti New Era, maka Dong Jiao Zong terpaksa membatalkan persidangan itu, menyeru semua perwakilan dan organisasi untuk membatalkan kehadiran untuk persidangan itu.

“Kami akan memberikan maklum balas lanjut selepas perbincangan dalaman sepanjang hari,” kenyataan itu dibacakan.

Terdahulu, Ketua Polis Kajang, ACP Ahmad Dazffir Mohd Yussof menjelaskan bahawa banyak laporan polis telah dibuat di seluruh negara pada kongres itu.

- Advertisement -

Untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, pihak polis terutama polis daerah Kajang memohon perintah untuk mengelakkan sebarang gangguan yang boleh menyebabkan kecemasan awam di setiap daerah.

Ini terjadi selepas kumpulan Melayu-Islam berkata mereka akan mengadakan dua demonstrasi sebagai protes terhadap persidangan itu: satu di New Era College untuk cuba menghentikan acara itu dan satu lagi di Stadium Kajang.

Bersatu Johor Bahru antara organisasi Melayu yang membuat laporan polis terhadap Dong Zong.

Pada mulanya kira-kira 1,000 orang dijangka menghadiri acara itu, dari wakil-wakil sekolah Cina, persatuan ibu bapa dan guru dan persatuan alumni, termasuj segelintir masyarakat Melayu dan etnik India, untuk membincangkan pengajaran skrip jawi di sekolah-sekolah vernakular (jenis kebangsaan).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img