spot_img
spot_img

MaGIC dapat RM10juta #belanjawan2020

spot_img

Rangsangan RM10 juta kepada perusahaan sosial dalam Bajet 2020 akan membantu pembangunan permulaan yang lebih inklusif dan seterusnya membantu masyarakat yang kurang bernasib baik, kata Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dzuleira Abu Bakar, berkata belanjawan baru itu merupakan anugerah yang hebat untuk membangunkan ekonomi digital, sejajar dengan matlamat MaGIC untuk memodenkan keusahawanan menerusi teknologi digital.

Beliau berkata ia juga merupakan bajet inklusif yang akan membantu segelintir orang awam – dari golongan kurang bernasib baik, remaja dan wanita.

- Advertisement -

Kerajaan percaya peruntukan itu akan menggalakkan pembangunan perusahaan sosial, dan membantu dalam meningkatkan kebajikan sosio-ekonomi dan membina komuniti.

“MaGIC akan terus menumpukan programnya ke atas perusahaan tersebut dengan penekanan untuk memberi manfaat kepada mereka dalam kumpulan B40,” katanya, merujuk kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Setakat ini tujuh syarikat telah diiktiraf oleh MaGIC sebagai syarikat sosial: APE Malaysia, Komuniti Tukang Jahit, Langit Collective, Tanoti, DID MY Academy Sdn Bhd, Biji Biji Design Sdn Bhd dan Suri Inspirasi Sdn Bhd.

- Advertisement -

Tiga kriteria utama untuk mendapatkan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) ialah organisasi itu mempunyai matlamat sosial atau alam sekitar yang jelas, memperuntukkan sejumlah besar sumber daya ke arah matlamat tersebut dan mesti mapan secara kewangan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img