spot_img
spot_img

Isu Nasional Senjata Pembangkang. Penerangan PH Tidak Bersepadu

spot_img

1. Menjenguk ke setiap kawasan di mana ada penyokong ahli-ahli Bersatu yang bersemangat patriotik amat mengujakan. Di Sabah dan Sarawak, majoritinya adalah dari parti UMNO yang beralih ke parti Bersatu. Jawapan jelas dan mudah, kerana Tun Dr Mahathir Mohammad.

2. Faktor kedua terbesar adalah kerana perkataan ‘Pribumi’ . Ia bukan untuk Melayu sahaja, tetapi untuk semua Pribumi kaum Sabah dan Sarawak.

3. Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri selewat-lewatnya 2021. Maklum balas dari rakyat, mereka mahukan perubahan yang sama yang dinikmati rakyat Malaysia di peringkat persekutuan. Menukar kerajaan negeri yang telah berdekad memerintah, tetapi hanya segolongan kecil yang menerima manfaat. Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

- Advertisement -

4. Pilihanraya kecil Tanjung Piai Johor adalah penting untuk motivasi PH dan juga Sarawak secara tidak langsung. Isu nasional bakal menguasai pilihanraya parlimen ini. Perpaduan politik UMNO – PAS dan kegagalan kerajaan menunaikan beberapa manifesto dengan cepat akan didendangkan dengan banyak pada kempen kali ini.

5. Isu PTPTN pasti akan dijadikan modal pembangkang. Terutamanya kepada golongan professional dan pemuda-pemuda. Rakyat tidak mendapat maklumat yang efisien dan pantas dari parti kerajaan. Kementerian Penerangan tidak ‘terang’. Jadi mudah untuk dimanipulasi dengan sentimen fitnah dan ‘tambah garam’ oleh pembangkang.

6. Manifesto untuk PTPTN yang sebenar adalah untuk membatalkan larangan ke luar negara (ini telah berjaya dilaksanakan seminggu selepas kemenangan PH) dan yang kedua ialah menangguhkan pembayaran pinjaman sehingga peminjam mendapat gaji minima RM4000 . Tidak pernah tertera di buku manifesto PH untuk menghapuskan hutang PTPTN.

- Advertisement -

7. Manifesto yang kedua itu tidak dapat dilaksanakan kerana apabila janji itu dibuat, tidak ada data yang mencukupi dan boleh diakses untuk menilai sama ada janji itu boleh ditunaikan ataupun tidak. Ya, salah pembuat manifesto itu. Manakala pihak BN ketika itu pula hanya menggambarkan yang indah-indah belaka. Jadi lubang hutang tidak diketahui berapa dalamnya hingga selepas PH memegang kerajaan. Kini janji itu menjadi beban dan tidak dapat ditunaikan. Ini menjadi faktor kekecewaan terutamanya pada penyokong-penyokong muda PH. Juga menjadi cabaran buat jentera pemuda PH untuk berkempen kepada pengundi.

8. PTPTN menjadi ‘kerusi panas’ bagi mereka yang memikul tanggungjawabnya. Purata pelepasan wang pinjaman bagi setiap pelajar dianggarkan RM23,000 sehingga tamat pengajian. Jika ingin mengikut kata-kata pembangkang untuk terus menghapuskan hutang, ini bermakna setiap seorang pelajar yang gembira dilupuskan hutangnya, akan muncul tiga pelajar yang akan kecewa di mana dia tidak dapat melanjutkan pengajian akibat tiada dana pinjaman dari PTPTN. Bukan pelajar-pelajar itu sahaja yang akan kecewa dan hilang peluang belajar, malah ibu bapa pelajar-pelajar itu pasti akan marah pada pihak kerajaan.

9. Inilah beban yang diwarisi PH sejak 21 tahun PTPTN ditubuhkan. Kini diketuai oleh Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan. Model operasi sebelum ini yang hanya fokus kepada memberi pinjaman semata-mata tanpa memikirkan ekosistem keseluruhan jangka masa panjang untuk menambah pendapatan agensi ini, akibatnya kini menjadi hutang nombor 1 terbesar negara selepas 1MDB. Tiada usaha ‘sustainability’ oleh kerajaan dahulu, budayanya ialah semua akan dijamin oleh kerajaan. PTPTN tiada wang, pinjam lagi dari institusi kewangan yang akan dijamin kerajaan. Begitu mudah. Itulah model operasi PTPTN sebelum ini. Maka, hutang dan bunga makin tinggi ditanggung oleh kerajaan.

10. Bagaimana PTPTN boleh mendapat sumber kewangan memberi pinjaman ? Mudah, mereka juga meminjam. Dengan kadar 5% dari bank yang mengenakan bunga pinjaman, PTPTN hanya mengenakan 1% sahaja sebagai caj mengurus kepada pelajar. 4% bunga ditanggung kerajaan. Jadi bagaimana nak tutup lubang hitang PTPTN ?

11. Kini PTPTN bersungguh-sungguh mengubah corak operasi ‘pinjaman’ semata-mata, kepada ‘tabungan’. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menampakkan hasil atas kesedaran rakyat. Pasukan PTPTN kini lebih agresif turun ke setiap ceruk bahagian di seluruh negara bersama kerajaan negeri, parti politik dan NGO bergabung memberi akaun SSPN percuma kepada yang memerlukan. Ini memberi motivasi dan bina budaya menabung untuk pendidikan anak-anak, terutamanya kaum pribumi.

12. Sesiapa sahaja boleh menyimpan di SSPN. Lebih menarik dari simpanan di bank. Dividen yang diberikan tahun lepas adalah tinggi, sebanyak 4%. Lebih tinggi daripada Tabung Haji yang hanya 1% dan LTAT 2%. Pelepasan cukai diberikan dengan amount yang sama jika simpanan di SSPN mencecah RM8000. Manakala cukup RM1000 sahaja simpanan SSPN, penyimpan akan menerima faedah takaful dengan percuma. Takaful ini pula tidak ditolak langsung dari nilai yang disimpan itu. Takaful itu diberikan percuma. Tidak sama dengan skim takaful simpanan syarikat insuran konvensional, yang mana pembahagian nilai simpanan dan bayaran insurannya dibahagikan kepada simpanan dan insuran takaful.

13. Pilihanraya 13 yang lalu, BN juga berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN. Pada masa itu mungkin boleh dilaksanakan kerana hutang hanya sekitar RM20 bilion. Tetapi tidak ditunaikan juga oleh kerajaan pada masa itu. Kini yang terbaru, hutang yang diwarisi kerajaan PH di PTPTN adalah sebanyak RM40 bilion. Bunga hutang makin bertambah.

14. Bayangkan kes 1MDB kini mengambil
masa sudah setahun lebih, masih belum selesai, inikan pula hutang RM40 bilion ! . Tentu ia juga mengambil masa untuk menyelesaikannya, dan pada masa yang sama kerajaan tidak mahu menyekat peluang pinjaman kepada pelajar baru.

15. Satu lagi yang perlu kita fikirkan, tanya diri kita sendiri, adakah adil untuk kita memansuhkan hutang kepada mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman. Kasihan kepada mereka yang patuh membayar balik pinjaman dengan konsisten. Sebanyak 3 juta peminjam, 2 juta peminjam sudah patut membayar pinjaman mereka, terdapat 41% yang konsisten membayar hutang mereka. Bakinya, tidak konsisten atau tidak membayar langsung. Adakah baik untuk ini dijadikan budaya rakyat Malaysia ?

16. Ini memberi pengajaran baru kepada semua parti politik yang ingin membuat janji, supaya mempunyai data terlebih dahulu sebelum membuat manifesto. Rakyat Malaysia harus mengubah sikap untuk menjadi masyarakat maju dan berintegriti. Kita membayar apa yang kita pinjam, maka ramai lagi pelajar dapat menyambung pengajian. Pihak PTPTN pula terus dengan kempen tabungan SSPN. Saya percaya PTPTN akan dijadikan model oleh negara lain untuk memberi peluang kepada rakyat mereka belajar . PTPTN banyak berjasa di mana Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang mempunyai ramai penduduk yang berpendidikan tinggi berbanding negara-negara jirannya.

17. Video-video janji menifesto dahulu, kini digunakan oleh pembangkang sebagai senjata. Ada video dari PRU 13 disunting dan viral kembali. Jeritan janji Syed Saddiq untuk bawa balik pekerja kita yang bekerja di Singapura dan Nurul Izzah untuk pendidikan percuma dan perkara-perkara PTPTN dimainkan kembali. Propaganda yang tiada sempadan dan kadang-kadang tidak bertanggungjawab oleh pembangkang.

18. Penerangan PH gagal sekali menangkis perkara-perkara itu di media sosial mahupun media arus perdana. Penerangan Bersatu tiada ‘bunyi’. Tiada lagi cybertrooper sukarela bagi kerajaan. Semua mereka beralih menghentam kerajaan. Itu lumrah di dunia, rakyat lebih suka kepada ‘anti-establishment’. Tetapi apabila fakta kuat dapat disalurkan, ‘rejection’ kepada aspirasi kerajaan akan dapat dikurangkan.

19. PRU15 bermula sekarang.

Razz
Besatu Selamanya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img