KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu dan cuaca renyai pada pagi ini tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad menunggang kuda di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia.
Rakaman beliau menunggang kuda dikongsikan melalui media sosialnya. Menunggang kuda adalah adalah antara aktiviti kegemaran tetapi sudah lama tidak dapat dilakukan kerana kesempitan masa.
Katanya, menunggang kuda adalah terapi buat beliau yang sudah lama tidak dapat dilakukan kerana kesempitan masa.
Dr Mahathir menghabiskan kira kira satu jam berkuda di kawasan sekitar.