spot_img
spot_img

Penjenamaan semula e-wallet untuk kekal relevan di pasaran

spot_img

‘White label’ e-wallet meningkat

Kipple Pay, ipay88 dikatakan mendahului pasaran ini, tetapi muncul pesaing baru yang signifikasi seperti BESTPay.

Persaingan yang meningkat sengit antara penyedia perkhidmatan e-wallet di Malaysia, ada syarikat yang mengambil pendekatan baru untuk mengetengahkan produk mereka dengan menjenamakan semula (white labelling) teknologi e-wallet mereka.

- Advertisement -

Bagi syarikat yang ingin menghasilkan e-wallet mereka sendiri, kaedah white labelling ini mampu meminimumkan kos seperti membangunkan applikasi dan memintas proses yang sukar untuk membina dan menyelenggara sistem pembayaran yang selamat.

Untuk penyedia white label ini pula, ia merupakan satu lagi peluang menambah dan menguasai pasaran dan secara langsung meningkatkan pendapatan mereka.

Kata mudah, syarikat A membangunkan dan menyelenggarakan produk, syarikat B menjenamakan produk itu dan memasarkannya.

- Advertisement -

Rujukan dari sumber industri, sekurang-kurangnya 3 syarikat yang memperoleh kelulusan Bank Negara untuk memberikan khidmat servis White Labelling iaitu ipay88, Kiple Pay dan MobilityOne.

Syarikat-syarikat ini mematuhi semua aspek keselamatan kewangan dan piawaian yang ditetapkan oleh bank pusat.

Kerajaan seluruh dunia menggalakkan penggunaan e-wallet dan pembayaran elektronik.

E wallet memberikan beberapa kelebihan kepada pengguna dan peniaga seperti pembayaran yang selamat, elak penipuan, pemberian ganjaran dan insentif, mudah memindahkan wang dan lain-lain.

Bank Negara bekerja keras untuk memacu sektor pembayaran elektronik melalui Buku Biru Sektor Kewangan 2011-2020. Hasilnya, jumlah keseluruhan transaksi meningkat ke RM11 billion pada 2018 berbanding hanya RM1 billion di tahun 2005.

Bilangan syarikat yang bukan bank, tetapi membekal servis pembayaran online (Mobile Payment Service) juga meningkat. Daripada 25 syarikat yang bukan bank pada 2016, hari ini angka itu meningkat ke 41 buah syarikat, termasuk Mobility1 (BESTPay eM-ONEi), TNG Digital Sdn Bhd, Gpay Network (M) Sdn Bhd (Grabpay) dan Axiata Digital ecode Sdn Bhd (Boost).

Sementara itu, 5 buah bank yang memberikan servis e-money issuers di Malaysia iaitu Ambank, Maybank, RHB Bank, CIMB Bank dan Bank of China.

Peningkatan ini semua juga meningkatkan tahap persaingan penguasaan pasaran. Servis baru yang menarik, ganjaran dan kembalian tunai ‘cashbacks’ adalah di antara strategi untuk menarik pelanggan.

Syarikat besar yang kukuh akan lebih ke depan kerana mereka mempunyai senarai pelanggan yang sedia ada. Syarikat baru dan kecil akan menghadapi cabaran untuk bersaing kerana kos operasi yang tinggi. Ada juga kes yang menyebabkan syarikat-syarikat baru gulung tikar.

Inilah kelebihan white labelling. Syarikat pembekal boleh melebarkan ke pasaran baru. Dengan inovasi dan ganjaran segar.

Seperti BESTPay, dikuasai eM-ONEi oleh Mobility1, syarikat telah berada di dalam pasaran e-wallet dengan memberi kesedaran kepada komuniti pengguna kewangan elektronik, terutamanya peniaga IKS, sektor luar banda dan sektor pendidikan. Syarikat juga menyokong kuat pertumbuhan segmen industri e-commerce.

Manakala Kiple Pay melalui produk white labelling mereka, Setel, sedang berusaha meneroka pasaran dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd (Petdag). Menurut mereka, ia akan menjadi e-payment yang pertama untuk membeli petrol melalui telefon pintar. Kiple Pay juga melalui white labelling mereka, Setel berusaha mencari segmen lain yang mempunyai pelanggan yang sedia ada yang besar. Ini akan menjana pendapatan yang berterusan pada syarikat.

Namun bagi pengguna, di dalam telefon pintar mereka, akan mempunyai antara satu hingga tiga applikasi e wallet yang aktif. E wallet yang popular kebiasaannya ialah Touch n Go, Grabpay dan Boost.

Sudah tentu syarikat-syarikat ini boleh membuat white labelling e wallet mereka sendiri berdasarkan keperluan perniagaan mereka seperti syarikat pusat membeli belah membuat e wallet untuk pelanggan mereka, tetapi untuk jangka masa panjang ia masih belum tentu berterusan, menurut beberapa pengkritik industri.

Musuh e wallet adalah tunai. E wallet akan berjaya jika mampu mengubah corak perbelanjaan pengguna. Menjadikan e wallet lebih mudah dan selamat. Biasanya orang-orang muda lebih sukakan e wallet kerana mereka tidak gemar membawa tunai dan wang syiling.

Payment Network Malaysia atau Paynet telah melancarkan Real-Time retail payment platform (RPP) pada awal Januari tahun ini telah menggalakkan lagi paten kepenggunaan e wallet di dalam negara. Inisiatif pertama RPP ialah Duitnow, pindahan kredit segera dengan menggunakan alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan ke akaun bank.

Langkah Paynet yang merupakan anak syarikat Bank Negara Malaysia ini adalah ke hadapan, namun di masa hadapan pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada banyak pemain-pemain e wallet. Ia merupakan cabaran buat syarikat-syarikat e wallet kecil dan sederhana.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img