spot_img
spot_img

JV Sunway menang tender beli tanah di China

spot_img

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Anak syarikat usaha sama milik 60 peratus Sunway Bhd., Tianjin Eco-City Sunway Property Development Co. Ltd. memenangi tender bagi memperoleh tanah seluas 2.8 hektar di Tianjin, China pada harga RM257.78 juta.

Sunway Berhad dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, tanah yang dikenali sebagai plot 30c China-Singapore Tianjin Eco-City itu dimiliki oleh China-Singapore Tianjin Eco-City Investment and Development Co. Ltd..

Anak syarikat Sunway itu merancang untuk menjalankan pembangunan kediaman di atas tanah tersebut yang akan dikenali sebagai Fasa 3 Sunway Garden yang terdiri daripada tujuh blok kondominium.

- Advertisement -

Cadangan pembangunan itu dijangka akan bermula pada Mei 2020 dan siap menjelang Mei 2023.

Projek tersebut dijangka akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dari tahun kewangan 2023 dan seterusnya.

Tianjin Eco-City Sunway adalah sebuah unit usaha sama Sunway City (Singapore) Pte Ltd, yang sebaliknya merupakan subsidiari kepada Sunway dan aktiviti utamanya adalah pembangunan hartanah. – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img