spot_img
spot_img

Yuna Nyanyi Lagu Tema M For Malaysia

spot_img

Penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema bagi filem M for Malaysia.

Lagu yang berjudul Bermula Kita itu dinyanyikan oleh Yuna bersama Rendra Zawawi.

Sedikit info mengenai filem M for Malaysia, ia mengisahkan tentang kemenangan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Filem arahan Ineza Roussille dan Dian Lee ini juga menceritakan rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerajaan sebelumnya kerana banyak terlibat dengan kegiatan rasuah.

M for Malaysia akan mula ditayangkan di pawagam terpilih mulai 12 September untuk empat hari sahaja, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img