spot_img
spot_img

Kerajaan lama yang nak tutup IPG, bukan PH

spot_img

CADANGAN penutupan 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara pada tahun depan adalah polisi kerajaan terdahulu, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sehubungan itu, beliau menafikan mengenai sebarang penutupan IPG sebagaimana yang didakwa dicadang ditutup secara berperingkat, mulai tahun depan.

Beliau turut menegaskan, sebarang kenyataan berkaitan status IPG seharusnya merujuk kepada kementerian terlebih dahulu.

- Advertisement -

“Itu tidak benar (penutupan IPG), ia keputusan kerajaan lama. Kita minta pihak yang mengeluarkan berita supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kenyataan itu tidak benar kerana ia merujuk polisi kerajaan lama,” katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Parlimen Masjid Tanah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru, di Melaka, hari ini.

Ketika ditanya mengenai status terbaharu IPG, Dr Maszlee sekadar ringkas berkata, berita itu tidak benar.

- Advertisement -

“Jadi, kita minta pihak media jika ingin mengeluarkan apa-apa berita berkaitan polisi kerajaan lama, supaya rujuk kepada kami dahulu supaya dapat maklumat lebih tepat,” katanya.

Dr Maszlee mengulas laporan muka depan BH hari ini mengenai 21 daripada 27 IPG di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingkat mulai tahun depan.

Serentak itu, tahun ini difahamkan menjadi tahun terakhir pengambilan penuntut oleh 21 institut terbabit.

Laporan berita itu menyebut, selepas ini hanya enam kampus IPG dikatakan akan terus beroperasi dengan tanggungjawab lebih besar bagi melatih bakal guru diberikan kepada universiti awam (UA).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img