spot_img
spot_img

Jangan masuk campur urusan 1MDB

spot_img

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memberitahu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk tidak campur tangan apabila Menteri Kewangan ke 2 ketika itu menasihat Najib terhadap pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam sektor minyak dan gas, Mahkamah Tinggi mendengar pada Selasa kelmarin (6 Ogos).

Ahmad Husni, 67, yang memegang jawatan menteri kewangan kedua antara 2009 dan 2016 berkata, beliau mendapati bahawa 1MDB mahu melabur dalam perkhidmatan minyak bersama syarikat pengeluaran PetroSaudi International Ltd pada tahun 2009.

Ini adalah satu perkara yang membimbangkan Husni, yang memberitahu Najib bahawa mereka tidak sepatutnya melabur dalam syarikat itu kerana ia baru di industri tersebut.

- Advertisement -

Beliau juga memberi amaran kepada Najib, bahawa kakitangan 1MDB juga tidak berpengalaman dalam minyak dan gas.

“Saya berkata kenapa tidak hanya meminta rujukan Petronas? Najib berkata, ‘Jangan bimbang, Husni, dari hari ini dan seterusnya, jangan terlibat, saya tidak mahu anda campur tangan,” kata saksi semasa pemeriksaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat di sini.

Ahmad Husni, yang kini bersara, memberi keterangan pada perbicaraan rasuah Najib, yang dituduh menyalahgunakan dana RM42 juta dalam dana antarabangsa SRC.

- Advertisement -

Saksi itu berkata beliau bertemu dengan Najib sebelum dia mengetahui bahawa MP Pekan mahu menubuhkan 1MDB.

“Saya berkata kita jangan menubuhkan syarikat tanpa melakukan kajian mendalam. Kami perlu mempunyai unjuran kewangan antara 10 hingga 20 tahun untuk memastikan syarikat itu berdaya maju.

Beliau menambah bahawa Najib kemudian berkata “Saya tahu apa yang saya lakukan” dan Husni sedar bahawa ini adalah petanda penglibatannya tidak diperlukan.

Hasni sebagai saksi berkata, dirinya seolah-olah “seperti budak pejabat”, sambil menambah bahawa dia hanya di situ untuk menandatangani dokumen sahaja tanpa berunding dahulu untuk keputusan besar.

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta dalam dana antarabangsa SRC.

Perbicaraan seterusnya akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada hari Khamis depan (8 Ogos).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img