spot_img
spot_img

IPCMC boleh siasat Ketua Polis

spot_img

KUALA LUMPUR: Independent Police Complaints of Misconduct Commission (IPCMC) akan mempunyai kuasa tatatertib atas sebarang salah laku oleh anggota polis, termasuk Ketua Polis Negara (IGP).

Menurut IPCMC Bill 2019 yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini, suruhanjaya itu perlu menubuhkan Lembaga Tatatertib yang boleh mengenakan hukuman dalam kes-kes kesalahan polis.

Mereka termasuk amaran, penalti, pelucuthakan, penangguhan pergerakan gaji, gaji dipotong, penurunan pangkat dan pemecatan.

- Advertisement -

Sekiranya aduan itu berkenaan dengan Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Kerajaan perlu menubuhkan Lembaga Disiplin Khas untuk mendengar aduan tersebut.

Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong juga menggariskan fungsi IPCMC, antara lain, untuk menerima dan menilai sebarang aduan salah laku daripada mana-mana orang terhadap mana-mana ahli pasukan polis dan menyiasat aduan .

Suruhanjaya itu juga boleh menasihati kerajaan tentang peningkatan kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli pasukan polis, serta membantu dalam merangka undang-undang atau mencadangkan langkah-langkah pentadbiran kepada kerajaan atau pasukan polis, untuk menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku .

- Advertisement -

Menurut Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada 10 anggota suruhanjaya, yang mana akan ada seorang pengerusi dan timbalan pengerusi.

Ahli-ahli suruhanjaya itu tidak boleh terdiri daripada mereka yang masih ada, atau telah menjadi anggota pasukan polis, atau ahli-ahli perkhidmatan awam. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img