spot_img
spot_img

KHB koperasi pertama yang mempunyai e-wallet

spot_img

Kuala Lumpur : Koperasi Harapan Berhad (KHB) telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof. Ia menyediakan perkhidmatan modular perniagaan dan menjadi tenaga pengajar untuk membimbing usahawan-usahawan terutama daripada golongan B40.

Antara aktiviti-aktiviti perniagaan yang KHB ceburi adalah peruncitan, asas tani, micro Kredit, dan Al’ Rahnu.

Kumpulan sasaran RHB adalah seperti ibu tunggal, golongan hilang pekerjaan atau perniagaan, orang kurang upaya anak-anak muda yang menganggur serta usahawan kecil dan sederhana.

- Advertisement -

Redzuan berkata ia akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

“KHB juga akan menawarkan aplikasi e-wallet yang terdiri daripada transaksi digital, ruang pasaran, al-rahnu, promosi, tawaran kredit dan urus niaga terjamin,” katanya.

E-wallet dijangka dilancarkan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu kelulusan dari pihak berkuasa berkaitan, termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

- Advertisement -

Redzuan juga berkata, KHB mencadangkan penubuhan kolej keusahawanan untuk meningkatkan kualiti usahawan muda di negara ini.

“Kita mempunyai kira-kira 6.5 juta ahli koperasi di seluruh negara. Saya percaya ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan meningkatkan sumbangan ke arah membangunkan ekonomi negara,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img