spot_img
spot_img

Kekal muda

spot_img

*Luangkan lebih masa untuk bersenam. Fakta menunjukkan ‘sindrom kekurangan senaman’ adalah risiko utama yang dilalui ketika usia lanjut. Senaman bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan, lebih muda dan peka tetapi juga bagi mengelakkan masalah atau penyakit pada masa akan datang.

*Berhenti merokok. Ia adalah risiko utama bagi warga emas terutama setelah mereka kurang aktif. Bukan sahaja jantung dan paru-paru yang menjadi risiko malah ia akan melambatkan proses penyembuhan terutama jika mereka ini terlibat dalam pembedahan atau kecederaan.

* Aktifkan diri secara sosial dan mental. Sibuk diri dengan rangkaian keluarga dan rakan-rakan agar masa yang berkualiti diluangkan. Ia juga adalah satu cara dan peluang yang baik untuk golongan warga emas elakkan diri daripada terbabit dengan masalah mental. Kekuatan otak boleh bertahan untuk jangka panjang jika seseorang itu selalu melakukan kerja dan menjadikan dirinya sibuk dengan aktiviti sosial.

- Advertisement -

*Banyak minum air. Kebanyakan kita sering mengalami masalah dehidrasi yang sedikit. Sungguhpun begitu masalah ini boleh menganggu masalah penghadaman (yang mengakibatkan sembelit), proses lain dan juga boleh memberi kesan kepada otak. Minum banyak air akan mempertingkatkan kadar cecair dalam badan.

*Bertemu pakar jika berasa tidak sihat. Jangan sangka tua ialah penyebab penyakit dan tiada apa yang boleh dilakukan. Berikan perkhidmatan terbaik kepada warga emas kerana mereka berhak mendapatkannya. Selalu lakukan pemeriksaan termasuk kesihatan mulut.

* Amalkan pemikiran positif. Ia akan memberikan anda hidup yang lebih ceria dan manis serta mampu meningkatkan lagi sistem imunisasi. Luangkan 20 minit setiap hari bertujuan menumpukan perkara yang baik-baik kerana langkah ini akan meningkatkan prestasi serta memperbaiki sistem imunisasi.

- Advertisement -

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img