spot_img
spot_img

Krisis Perdagangan Amerika-China : Ini Peluang Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menukar krisis perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ini kepada peluang bagi menarik pelaburan ke negara ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata melalui kajian ke atas 250 syarikat konglomerat yang dijalankan baru-baru ini, sebanyak 24.7 peratus menyatakan hasrat untuk memindahkan operasinya ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Ini membuktikan Malaysia mempunyai potensi dalam menghadapi krisis ini. Sebenarnya, kita boleh menukar krisis ini menjadi peluang untuk menarik pelaburan ke negara ini,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan khususnya mengambil kesempatan di atas perang dagang antara AS dan China.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia boleh menjadi pintu masuk untuk negara luar menembusi pasaran ASEAN kerana kedudukan politik yang stabil, negara aman dan mempunyai modal insan yang berkemahiran.

“Ini semua pasti dapat menarik pelabur ke Malaysia dan kita juga mempunyai infrastruktur yang baik sama pelabuhan, lapangan terbang dan lebuh raya yang boleh menghubungkan negara ASEAN,” katanya.

- Advertisement -

Menjawab soalan asal Awang Hashim (PAS-Pendang) mengenai kesan ke atas ekonomi Malaysia berikutan risiko ketidaktentuan persekitaran global terutama antara AS dan China, Mohamed Azmin berkata, kesan daripada tindakan AS mengenakan tarif ke atas China, pelabur dari China beralih operasi perniagaan ke Asia Tenggara.

“Peralihan pelaburan ini akan menguntungkan ekonomi Malaysia. Perang dagang ini membuka ruang kepada Malaysia untuk meningkatkan eksport komoditi ke China terutama minyak sawit yang menjadi barangan pengganti kepada minyak soya dan jagung.

“Pada Mac lalu, syarikat Malaysia berjaya menandatangani perjanjian bernilai hampir AS$900 juta bagi membekal 1.62 juta tan minyak sawit ke China.

“Dalam tempoh Januari hingga April lalu, eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat hampir 255,000 tan dengan nilai eksport sebanyak RM1.4 bilion,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Awang mengenai sama industri seperti elektrik dan elektronik akan terjejas kerana nilai eksport ke China didapati menurun, Mohamed Azmin berkata, perang perdagangan antara AS dan China tidak semestinya menyebabkan industri itu dihentikan.

“Kita harus mengekalkan pertumbuhan ekonomi domestik, selain kerjasama serantau perlu dipertingkatkan,” katanya.

Katanya, di bawah Visi 2025 Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA), sebanyak 69 projek infrastruktur utama berjumlah AS$22.7 bilion dilaksanakan, dengan 16 projek sudah pun siap.

Selain itu, di bawah Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), terdapat 41 projek kesalinghubungan fizikal bernilai AS$47 bilion. -BERITA HARIAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img