spot_img
spot_img

Amalan pakai baju lokap SPRM dihentikan

spot_img

PUTRAJAYA 9 Julai – Amalan membawa suspek Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren telah dihentikan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menjelaskan, perkara itu sejajar dengan anggapan tidak bersalah atau presumption of innocence serta Fasal 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau kelakuan agresif.

- Advertisement -

“Walau bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Namun begitu, Latheefa menegaskan SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah.

“Di dalam berbuat demikian, SPRM setiap masa akan mendukung kepada kedaulatan undang-undang,” ujar beliau.

- Advertisement -

Semalam, Latheefa dalam satu temu ramah eksklusif bersama portal The Malaysian Insight berkata, pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.

Beliau selain itu dilaporkan berkata tahanan SPRM adalah dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img