spot_img
spot_img

Malaysia Selamat Dari Kes Penjualan Organ

spot_img

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak wujud kegiatan penjualan organ yang dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu sebaliknya kes kehilangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berpunca daripada masalah dalaman keluarga serta pengaruh rakan sebaya.

“Memang kita gerun apabila mendengar mengenai kegiatan penjualan organ tetapi kita sudah berbincang dan merujuk dengan KDN. Kita tidak ada kes sedemikian di negara ini.

- Advertisement -

“Bagaimanapun, jika ada kes pemerdagangan (manusia), kita memandang serius kes terbabit dan ia memerlukan pemantauan yang lebih berkesan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berhubung dakwaan masyarakat yang mengaitkan kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dengan kegiatan penjualan organ dan pemerdagangan manusia.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, statistik menunjukkan seramai 15,042 kanak-kanak dan remaja hilang bagi tempoh 2011 hingga Mei lalu.

- Advertisement -

“Daripada jumlah itu, seramai 14,679 orang ditemui semula iaitu sebanyak 97.6 peratus manakala bakinya masih belum ditemui. Lebih malang lagi, ada juga kes membabitkan kematian.

“Lima punca utama kes ini berlaku ialah ingin mencari kebebasan diri, mengikut rakan, dipengaruhi kekasih, pertelingkahan keluarga dan tidak minat belajar kerana ini mencari pekerjaan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img