spot_img
spot_img

PASIR GUDANG : 38 Kilang Dalam Siasatan

spot_img

PASIR GUDANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah menyiasat 38 premis industri di sini, dengan tiga notis henti operasi sementara dan 37 kompaun dikeluarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata semua premis itu disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan tindakan tegas diambil.

Ia membabitkan tiga premis dikeluarkan arahan Perintah Tahan Operasi selama 14 hari bagi siasatan lanjut.

- Advertisement -

“Sebanyak 37 kompaun dikeluarkan dengan 27 membabitkan kesalahan buangan terjadual, manakala 10 lagi berkenaan sisa perindustrian manakala tiga lagi notis membabitkan Bilangan Notis Arahan.

“Penguatkuasaan terhadap kilang yang dikenal pasti sedang dilaksanakan bagi memastikan semua premis mematuhi peraturan kualiti alam,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

- Advertisement -

Sementara itu, Mohd Khuzzan berkata keputusan sama ada 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup berikutan pencemaran udara akan dibuka semula pada Ahad ini, akan dimaklumkan Sabtu ini.

“Kita akan membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa Sabtu ini. Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan memberi jaminan pembelajaran pelajar di semua sekolah itu tidak terjejas dengan menyediakan pembelajaran alternatif menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram, emel, VLE dan Eduweb TV,” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di lokasi dikenal pasti sekitar sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img