spot_img
spot_img

Pasir Gudang : Adakah Kilang Semua Dipantau?

spot_img

PASIR GUDANG: Operasi 300 kilang berasaskan bahan kimia di kawasan ini perlu dipantau rapi secara berterusan bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Profesor Dr Ahmad Ismail, berkata pemantauan seperti Indeks Pencemaran Udara (IPU), khusus untuk bahan terampai dan gas beracun juga perlu dilakukan.

Katanya, ia bagi membolehkan sebarang punca dapat dikenal pasti dengan lebih mudah dan berkesan apabila berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

- Advertisement -

“Peraturan kualiti udara perlu dilihat semula selain pemantauan dan mewujudkan satu jawatankuasa khas memantau sejauh mana kewujudan kilang kimia ini memberi kesan kepada penduduk sekitar.

“Gas yang keluar dari serombong kilang yang ada di Pasir Gudang itu adakah semuanya dipantau?

Sepatutnya perkara ini perlu diambil perhatian,” katanya kepada media ketika dihubungi.

- Advertisement -

Ahmad berkata, peraturan sedia ada sudah mencukupi untuk memastikan perkara itu dilakukan, namun perlu dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengelak kejadian seperti pencemaran Sungai Kim Kim kembali berulang.

Hari ini, lebih 50 pelajar dari empat sekolah di sini, dibawa ke Pusat Rawatan Awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sejak jam 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, empat lagi sekolah terjejas pagi ini ialah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Taman Megah Ria, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan SK Pasir Gudang 2.

Bagaimanapun, difahamkan setakat ini tiada arahan pengosongan (penagguhan sesi pembelajaran) dikeluarkan pagi ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengumumkan jumlah keseluruhan sebanyak 16 sekolah dalam radus enam kilometer dari Taman Mawar diarahkan tutup empat hari sehingga keadaan benar-benar selamat.

ADVERTISING

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img