PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut.
“Apa berlaku, kita akan mendapatkan semula lebih RM270 juta dari wang yang diberikan kepada pelbagai individu termasuk pihak UMNO bahagian, yayasan dan syarikat” kata Latheefa dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
UTUSAN ONLINE