spot_img
spot_img

Ucapan PM dinanti di Jepun

spot_img

TOKYO: Tumpuan dan perhatian peserta pastinya masih segar apabila ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad membuka tirai Persidangan Nikkei ke-25 di sini, esok.

Ia bakal menyaksikan penampilan ke-21 Perdana Menteri pada persidangan tahunan yang berhimpun sejak 1995 itu.

Turut dikenali sebagai Masa Depan Asia, sesi tahun ini bertemakan ‘Mencari Aturan Global Baharu – Menghindari Pergolakan’ yang berkemungkinan menyentuh aspek perang dagang dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China serta tempiasnya kepada rantau Asia.

- Advertisement -

Difahamkan, sesi ucaptama dan dialog oleh Dr Mahathir pagi esok menjadi antara tarikan utama peserta, bukan saja dalam kalangan pemimpin asing dan setempat serta masyarakat perniagaan tetapi juga media antarabangsa.

Negarawan berusia 94 tahun itu, bagi mereka, adalah simbol kelantangan dan kekuatan diperlukan Asia dalam usaha melindungi ekonomi rantau ini daripada menjadi ‘mangsa’ perlakuan Barat.

Mungkin Persidangan Nikkei kali ini berupaya menentukan sama ada Asia memerlukan orde baharu mengikut acuan tersendiri dalam menyertai atau mengatasi persaingan ekonomi Barat.

- Advertisement -

Dr Mahathir juga akan berdialog bersama peserta selepas menyampaikan ucaptama, dengan Ketua Pengarang Ibu Pejabat Editorial Nikkei di Osaka, Sonoko Watanabe, selaku perantara.

Persidangan Nikkei menghimpunkan pemimpin politik, ekonomi dan akademik dari rantau Asia Pasifik untuk mengutarakan pandangan membina masing-masing berhubung isu serantau, di samping kedudukan Asia di pentas dunia.

Turut mengesahkan kehadiran ialah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, dan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisolith.

Selain perang perdagangan AS-China yang menimbulkan pelbagai ketidaktentuan, masyarakat global turut terkesan dengan ‘perlumbaan’ ke arah memiliki aset ketenteraan berteknologi tinggi.

Tidak terkecuali menjadi kegusaran ialah keghairahan sesetengah negara melindungi industri domestik daripada persaingan luar dengan mengenakan cukai ke atas barangan import.

Persidangan Nikkei 2019 membuka ruang pemimpin ternama termasuk Dr Mahathir yang kerap melontarkan pandangan tajam, mengupas secara mendalam bagaimana negara serta syarikat rantau Asia harus bertindak di tengah-tengah pergolakan orde global yang dicetuskan AS.

Pada masa sama, Perdana Menteri yang menghadiri Persidangan Nikkei tahun lalu kira-kira sebulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran, sewajarnya menjadikan ruang kali ini untuk mengetengahkan dasar terkini Malaysia.

Seperti disebut Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan, sukar meramal apa yang bakal diperkatakan Dr Mahathir, namun agenda menarik pelaburan dan ahli perniagaan meneroka sektor baharu seharusnya tidak dilepas pandang.

Jepun secara peribadi memandang tinggi kepemimpinan Dr Mahathir sejak sekian lama, terutama menerusi pengenalan Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan pada 8 Februari 1982, antara lain menjadikan model ekonomi Negara Matahari Terbit itu untuk diserap ke dalam pentadbiran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img