spot_img
spot_img

Ozil berbuka puasa dengan Erdogan

spot_img

LONDON 19 Mei – Pemain berdarah Turki, Mesut Ozil meluangkan masa bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis berbuka puasa hari ini.

Majlis yang berlangsung di Istana Dolmabahce, Istanbul itu turut dihadiri tunangnya Amine Gulse.

Pemain berusia 30 tahun itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama model, yang juga bekas ratu Turki itu tahun ini.

- Advertisement -

Rata-rata peminat bola sepak terutama dari Jerman tidak senang dengan Ozil yang akrab bersama Erdogan.

Pemain Arsenal itu sebelum ini telah menyenaraikan Erdogan untuk hadir ke majlis perkahwinannya.

Ini ini bukanlah kali pertama Ozil diselubungi kontroversi sebegitu terutama selepas gambarnya bersama Presiden Turki itu tersebar sekitar Piala Dunia FIFA tahun lalu.

- Advertisement -

Ozil tetap berkeras dan mempertahanankan tindakannya pada waktu itu.

“Pada saya, mengambil gambar dengan Erdogan tak ada sebarang unsur politik pun. Saya cuma hormati dia.

“Kerja saya sebagai pemain bola, bukan ahli politik,” ujar Ozil lagi.- AGENSI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img