spot_img
spot_img

‘Takkan saya lebih teruk daripada Trump’

spot_img

PUTRAJAYA 8 Mei – “Saya fikir takkan saya lebih teruk daripada Trump,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila diminta menilai kepimpinannya sendiri menjelang ulang tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Malaysia.

“Terdapat ramai pemimpin dalam dunia, tetapi saya tidak fikir saya lebih teruk daripada Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump), saya tidak fikir saya lebih teruk daripada pemimpin British, pemimpin Perancis, pemimpin Sepanyol dan para pemimpin lain juga.

“Sebagai perbandingan, saya tidaklah teruk sangat. Boleh kamu beritahu saya pemimpin mana yang lebih baik daripada saya?” katanya menjawab soalan media apabila diminta untuk menilai sendiri kepimpinannya.

- Advertisement -

Dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH, Dr Mahathir berkata biasanya beliau tidak akan menilai diri sendiri kerana lebih suka ia dinilai orang lain.

“Apa yang saya tahu orang tidak mengutuk saya, menghentam saya kecuali media. Tapi itu kerja anda. Dan saya menghargainya. Saya suka diperingatkan jika saya melakukan kesalahan dan lemah, supaya saya dapat memperbetulkan diri,” kata beliau.

Pemimpin yang amat berpengalaman itu seringkali menerima reaksi daripada kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentangnya.

- Advertisement -

“Ada orang menentang saya dan mengharapkan saya dah mati. Tapi ada juga orang yang mesra dengan saya, mereka bersalam dengan saya dan mengucapkan, ‘saya sayang kamu’,” katanya.

Sebagai seorang pemimpin Dr Mahathir berkata beliau berasa masih bertenaga sesuai usia walaupun telah mencapai usia 93 tahun.

Dr Mahathir yang gemar menjawab soalan secara berseloroh berkata, “ramai orang pada usia 93 sudah tidak mampu berfikir lagi tetapi saya masih mampu menjawab ‘soalan nakal’ anda.

Ditanya sama ada usia beliau memberi kelebihan kepada kepimpinannya, berkata tiada apa-apa kelebihan melainkan beliau lebih berpengalaman.

“Dua puluh dua tahun sebagai Perdana Menteri banyak memberi pengajaran kepada saya,” katanya.

Dr Mahathir, yang juga tokoh yang mencetuskan Wawasan 2020 berkata idea kebangsaan itu kini telah dilanjutkan ke “Wawasan 2025”.

“(Ini kerana) pemimpin sebelum saya telah memastikan kami tidak mencapat objektif kami,” kata beliau. – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img