PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengucapkan tahniah kepada media selepas Malaysia melonjak 22 tempat dalam senarai terbaru Indeks Kebebasan Media
Perdana Menteri menggunakan Instagram untuk menyatakan penghargaannya terhadap ranking negara yang lebih baik.
“Bersempena dengan #WorldPressFreedomDay, saya mengambil kesempatan ini untuk memuji media Malaysia mengenai kedudukannya yang lebih baik dalam indeks Kebebasan Media Dunia.
“Kami melonjak 22 tempat menjadi terbaik di Asia Tenggara dan ditangga 123 di dunia (daripada 180 negara).
“Terima kasih dan tahniah,” katanya di Instagram pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada hari ini (3 Mei).
Gambar Instagram itu diiringi beberapa gambar dia sedang ditemuramah dan difoto oleh kakitangan media Malaysia.
Indeks kebebasan akhbar, mempertimbangkan faktor-faktor seperti bagaimanakah kerajaan yang berkuasa kini telah membiarkan kebebasan media berkembang maju.
Indeks Kebebasan Media Dunia menunjukkan bahawa Malaysia di tangga tertinggi berbanding negara-negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia (124), Filipina (134), Thailand (136), Myanmar (138), Kemboja (143), Singapura (151), Brunei 152), Laos (171) dan Vietnam (176).
Indeks terkini, yang dikeluarkan pada 18 April, disusun oleh organisasi yang berpangkalan di Paris Reporters without Borders (RSF).
Menurut RSF dalam laporannya bahawa kebebasan akhbar menerima nafas segar di Malaysia selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum pada Mei tahun lepas.
Mereka berkata wartawan dan media yang sebelum ini disenarai hitam, seperti kartunis Zunar dan portal berita Sarawak Report, kini dapat terus bekerja tanpa rasa takut terhadap gangguan.
Walau bagaimanapun, Malaysia masih ada undang-undang yang boleh digunakan untuk menyekat kebebasan media yang masih belum dimansuhkan oleh kerajaan.
Undang-undang ini termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.