spot_img
spot_img

Iskandar Malaysia terima pelaburan RM7.7 bilion suku pertama 2019

spot_img

JOHOR BAHRU 28 April – Iskandar Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur di negara ini apabila berjaya mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM7.7 bilion pada suku pertama tahun ini, menjadikan jumlah pelaburan komited terkumpul dari 2006 hingga 31 Mac sebanyak RM293 bilion.

Daripada jumlah itu, 57 peratus atau RM166 bilion merupakan pelaburan yang sudah direalisasikan di wilayah pembangunan Iskandar itu.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kejayaan itu juga membuktikan keyakinan pelabur di Iskandar Malaysia dan Johor sejajar usaha menjadikan ia sebuah bandar metropolis antarabangsa yang mapan setandig di peringkat antarabangsa.

- Advertisement -

“Ia juga dapat dibuktikan menerusi lawatan oleh pelbagai pihak terutama pelabur baik dari dalam mahu pun antarabangsa ke Iskandar Malaysia,” katanya semasa membuat kunjungan pertama ke pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

IRDA dalam kenyataan sama berkata, sektor pembuatan terus menjadi penyumbang utama pelaburan di Iskandar Malaysia, diikuti empat lagi sektor mencatatkan pertumbuhan positif iaitu logistik (RM8.56 bilion), pelancongan (RM7.86 bilion), penjagaan kesihatan (RM4.41 bilion) dan pendidikan (RM3.29 bilion).

- Advertisement -

Tambah kenyatan itu, lima negara yang menyumbang kepada pelaburan komited terkumpul tertinggi ialah China, Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Sepanyol.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Iskandar Malaysia sentiasa mengalu-alukan mana-mana pelabur yang berminat terutama yang menyokong kepada sembilan sektor yang dipromosikan di wilayah berkenaan selain mampu memberi kesan limpahan ekonomi, persekitaran dan agenda sosial di wilayah itu. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img