spot_img
spot_img

Ekonomi Negara Tumbuh Pesat – MIER

spot_img

KUALA LUMPUR 16 April – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan semua sektor yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan mencatatkan pertumbuhan pada tahun ini, menurut laporan Unjuran Ekonomi Malaysia: Kemas Kini Suku Pertama 2019.

MIER berkata, sektor perkhidmatan dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana pada kadar 5.5 peratus dan akan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan KDNK.

Katanya, sektor itu dijangka terus mendapat manfaat daripada nilai ringgit yang lebih rendah di samping mencatat keuntungan daripada pelaburan yang kukuh pada tahun ini.

- Advertisement -

“Kira-kira separuh pelaburan (Malaysia) yang diluluskan adalah bagi projek sektor perkhidmatan, mewujudkan lebih 68,800 pekerjaan baharu,” katanya.

MIER berkata, bagi sektor pembuatan, penyumbang kedua terbesar kepada KDNK dijangka berkembang 4.6 peratus pada 2019, mencatatkan penurunan daripada lima peratus pada tahun lepas berikutan data interim menunjukkan kelembapan prestasi pembuatan disebabkan pertumbuhan permintaan global yang lebih perlahan.

Katanya, pertumbuhan permintaan global yang lebih perlahan disebabkan pertumbuhan lebih perlahan daripada jangkaan di beberapa ekonomi utama dan ini ditambah lagi oleh peningkatan sentimen perlindungan di seluruh dunia terutamanya dengan memuncaknya perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

- Advertisement -

Sementara itu, MIER berkata, sektor pertanian, perlombongan dan kuari, serta pembinaan pada 2019 dijangka berkembang pada tahap lebih cepat berbanding pada tahun sebelumnya.

Sektor pertanian diunjurkan berkembang 1.3 peratus tahun ini sebahagiannya disumbangkan oleh permintaan terhadap minyak sawit mentah (MSM) dipacu peningkatan permintaan bagi biodiesel dan penyusutan nilai ringgit berbanding penguncupan 0.4 peratus pada 2018.

Sektor perlombongan dan kuari, MIER berkata dijangka berkembang 1.3 peratus bagi dua tahun akan datang meningkat daripada penguncupan 1.5 peratus tahun lepas.

Sektor pembinaan dijangka berkembang lima peratus tahun ini berbanding 4.2 peratus pada 2018.

Dari segi sumbangan kepada pertumbuhan KDNK, sektor perkhidmatan dijangka menyumbang paling banyak iaitu sebanyak 3.1 peratusan mata (ppts) diikuti sektor pembuatan (1.1 ppts), sektor pembinaan (0.2 ppts), sektor pertanian (0.1 ppts), dan sektor perlombongan dan kuari (0.1 ppts). – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img